Resepi Sagu Gula Melaka

Assalamu’alaikum. Resepi kali ini nak dikongsikan resepi pencuci mulut yang sedap dan menyegarkan iaitu sagu gula melaka.

Apa yang korang terkenang bila dengar sagu gula melaka? Bulan puasa ke. Iya, kalau korang pergi dekat bazar Ramadhan tu ramai jumpa orang jual sagu gula melaka.

Kalau malas nak buat sendiri atau bila banyak kerja lain nak buat hidangan berbuka puasa, biasa kita beli kat bazar tu kan. Harga dia mungkin agak mahal la dan kadang tak puas hati dengan kandungannya pulak sedikit.

So, jom kita cuba buat sagu gula melaka ni sendiri. Puas hati nak makan berapa kita suka. Modal nak beli bahan-bahan tak la banyak sangat.

Di bawah ni saya nak kongsikan bahan-bahan dan cara nak membuat sagu gula melaka. Lepas tu, kita bagi rahsia supaya lebih sedap.

Masa memasak: 40 minit

Jumlah hidangan: 5 orang

Bahan-bahan

  • 250 gram biji sagu
  • 4 cawan air
  • Sirap atau pewarna (kalau nak original, tak payah pakai sirap atau pewarna)
  • 80 gram gula melaka
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 1 helai daun pandan (basuh dan simpulkan)
  • 300 ml santan pekat campur sedikit garam dan kacau rata (opsyenal guna susu cair gantikan santan)

Cara penyediaan

Cara sediakan biji sagu

  1. Masukkan air ke dalam periuk sekira tenggelamkan semua sagu, tunggu sehingga mendidih.
  2. Masukkan sagu ke dalam air mendidih. Kacau perlahan dan sekali sekala supaya sagu tidak hancur.
  3. Tambahkan air panas bila air dah kurang.
  4. Tutup api, angkat dan tapis sagu selepas sagu kembang dan jernih atau mengambil masa 30 minit.
  5. Siram sagu di bawah air paip bagi membuang kanji pada sagu. Kalau lebih suka sagu yang berkanji, tak payah siram bawah paip.
  6. Tuang sagu ke dalam mangkuk dan masukkan sedikit pewarna makanan. Gaul perlahan dan merata ke semua sagu.
  7. Boleh pula bilas guna air masak sikit bagi meratakan dan mengurangkan warnanya supaya nanti tak menjejaskan santan. Sejukkan sagu.

Cara untuk sediakan air gula dan santan

  1. Masukkan dan rebus gula melaka, sedikit gula putih, daun pandan dan air sambil kacau.
  2. Tutup api dan angkat, bila nampak air gula sudah mulai likat, jangan pekat sangat. Asingkan dan sejukkan air gula.
  3. Rebus pula santan pekat bersamaan 1 cawan air masak dan ½ sk garam.
  4. Sentiasa kacau supaya santan tak menjadi berketul. Masak sekejap je sehingga naik wap. Tutup api.

Cara hidangkan sagu gula melaka

Semua bahan dah ready. Sekarang nak hidangkan gula melaka ni.

  1. Sediakan 1 cawan. Masukkan air gula sedikit mengikut selera.
  2. Masukkan sagu tadi sebanyak korang suka, jangan penuh sangat sebab nanti tambah santan lagi.
  3. Tuang santan ke dalam gelas sebatas ketinggian sagu. Santan boleh juga tukar dengan susu cai.
  4. Sedia dihidangkan.

Nak tahu apa rahsia nak dikongsi tadi? Tengok elok-elok ye cara nak hidangkan.

Pertama, boleh sediakan semasa dah nak berbuka puasa atau bila tak bulan puasa boleh sediakan waktu tengah panas merelit tu.

Next, letak sagu dalam mangkok, masukkan ais, tuang santan atau susu cair dan tuang gula melaka pelan-pelan.

Cube tengok sagu tu, tak bergumpal dan terlerai satu persatu bila bercampur susu atau santan.

Tengok jangan makan masa lama, sekejap jer. Apalagi, suaplah masuk dalam mulut, hehe.. Sejuuuuk sangat, fuuuhhh.. Selamat menikmati.

Leave a Comment