Hi. Berjumpa kembali. Sebelum ni kita dah dedahkan banyak resepi dari pelbagai bahan-bahan masakan yang lazat dan istimewa. Yang belum lagi ada tengok, korang layari la web ni.
Yang dah ada tengok tu, boleh la mencuba. Yang dah mecuba, boleh tengok pelbagai resepi lazat dan istimewa lainnya.
Lepas Isya’ tadi pula anak-anak bawa balek pulut kuning dari surau tempat diaorang mengaji. Ada salah seorang yang bersedekah rupanya. Pulut kuning dengan ayam kari. Lazaat…anak-anak pastikan suka.
Hari ini pula, saya nak kongsikan resepi masakan yang boleh jadi semua orang Melayu suka. Orang Melayu pastilah dah pernah makan pulut kuning kan.
Tak kira la, boleh buat sorang ke atau tidak. Apa pasal pula tak boleh buat sorang lagi. Teramat mudah sangat dan ringkas nak buat masakan yang diperbuat dari pada bahan pulut ni.
Tak payah buat lah, beli sajalah. Itu kata sesetengah orang. Bila beli, harga dia tak murah juga kan. Kalau tak ada masa dan teringin nak makan pulut kuning, korang beli sajalah. Tentu lebih jimat bila buat sendiri.
Tak ada salahnya kita belajar resepi tradisi turun temurun ni kan. Resepi dari orang tua dulu-dulu tu harus diteruskan ke anak cucu.
Bila kita tak nak belajar dan mengekalkan resepi tradisi Melayu ni, lama-lama ia akan tenggelam oleh resepi-resepi dari western.
Jom kita sediakan.
Masa memasak: 40 minit
Jumlah hidangan: 5 orang
Bahan-Bahan
- 500 gram beras pulut
- 1 sudu kecil kunyit
- 2 cawan santan pekat
- 4 helai daun pandan
- garam secukup rasa
- air secukupnya untuk rendam pulut
Cara Penyediaan
- Gaul rata kunyit dengan beras pulut dan rendam selama 3-5 jam sehingga lembut.
- Buang air rendaman beras pulut dan toskan. Susun daun pandan dalam dulang pengukus dan letak beras pulut di atasnya.
- Kukus beras pulut tadi selama 30-40 minit sehingga nampak lembut.
- Tutup api dan masukkan beras pulut ke dalam mangkuk.
- Taburkan garam secukup rasa, kacau rata.
- Tuang santan ke dalam pulut, dan biarkan seketika sehingga santan meresap rata.
- Gemburkan guna sudu dan garfu.

Pulut kuning yang lazat perlu rasa lemak iaitu seimbang dari pada rasa manis dan masin.
Pulut kuning sedia dihidangkan, boleh dimakan bersama kari ayam atau cecah dengan rendang, hmmm…best. Jangan sampai tak nampak mentua lalu hehe..