Resepi Puding Karamel

Assalamualaikum. Semoga sentiasa sehat-sehat semua. Ada sesiapa dah pernah buat resepi dessert?

Dessert ni pastilah mahukan yang menyegarkan, lembut di mulut dan cita rasa manis, lemak dan lazat.

Terlebih lagi bila hari-hari panas macam ni. Dalam resepi harini, kita kongsikan dessert yang boleh jadi digemari oleh semua terutama lagi anak-anak iaitu puding karamel yang teramat sedap.

Puding ni masuk kepada jenis dessert yang kuat rasa lemak manis dan memikat selera siapa sahaja.

Bila sekarang ni tengah bulan puasa, makanan ni satu jenis dari pada resepi yang wajib cuba. Jom kita mulakan.

Masa memasak: 50 minit

Jumlah hidangan: 4 orang

Bahan-bahan

Bahan-bahan untuk membuat gula karamel

  • 1/4 cawan + 1 sudu besar gula
  • 3 sudu besar air

Bahan-bahan untuk membuat puding

  • 5 biji telur, saiz B
  • 1 tin susu cair
  • 150 ml air
  • 1/4 cawan gula
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara Penyediaan

  1. Tuang gula ke dalam periuk. Masak gula sehingga keperangan, guna api kecil.
  2. Tuang air dalam gula dan terus kacau sehingga menjadi cair semula. Karamel dah siap.
  3. Tuang karamel ke dalam bekas yang sesuai, masukkan ke dalam loyang sais 6 inci.
  4. Masukkan telur dalam bekas lain dan pukul lembut.
  5. Masukkan susu segar, susu cair, susu pekat manis dan esen vanila. Pukul lembut sehingga sebati, jangan sampai berbuih.
  6. Tapis dan tuang adunan puding ke dalam bekas gula karamel dalam loyang tu.
  7. Lapiskan loyang guna aluminium foil. Ini bagi mengelakkan air bertakung selama kukus.
  8. Kukus sehingga mengambil masa 35 minit atau bakar guna teknik waterbath pada suhu 150°c selama 40 minit atau sehingga masak.
  9. Puding karamel dah sedia.

Tips

Bila guna kaedah waterbath, caranya dengan isi air panas dalam loyang lebih besar, kemudian letakkan loyang puding karamel yang telah ditutup aluminium foil dan bakar sehingga masak.

Jangan buka oven semasa proses memasak, kerana wap air meruap keluar dan boleh terjejas ke puding.

Dah siap pun. Boleh dihidangkan untuk tetamu kita di rumah atau untuk berbuka puasa, kerana masa penyediaanya pun tidak terlalu lama.

Puding Karamel Kukus vs Bakar

Puding karamel boleh disediakan melalui cara kukus atau bakar dengan cara waterbath.

Bila guna cara waterbath tu, boleh hasilkan puding yang lebih licin dan tak berongga.

Jangan sampai hangus

Untuk taraf kemanisannya pula bergantung pada selera dan citarasa masing-masing. Nak dapatkan rasa yang lebih manis, korang boleh tambahkan susu pekat.

Mesti diingatkan juga, semasa memasak dan mencairkan gula karamel jangan sampai hangus. Korang awasi selalu api jangan besar, sebab boleh sebabkan gula hangus.

Bila gula karamel tu hangus, korang tau lah kan apa rasa dia hehe. Betul tu pahit, tak jadi manis lagi la. Puding tu tentulah jadi tak sedap.

Best untuk Berbuka Puasa

Kerana anak-anak sukakan sangat puding karamel, boleh bagi janji kepada anak-anak yang tengah baru belajar puasa nanti berbuka puasa ada puding karamel.

Yang tak puasa tak boleh bagi puding karamel super lazat ye. Bila puasa tak sampaikan ke maghrib lagi, dapat siket je.

Nak buat pun tak la payah kan. Cubalah, pasti boleh. Sampai berjumpa lagi.

Leave a Comment