Resepi Pajeri Terung

Assalamu’alaikum.. Nak makan apa tengahari ini atau esok? Kita orang nak suggest resepi masakan asli, di kampong-kampong iaitu Pajeri Terung.

Resepi Pajeri Terung ini selalunya membuat kita teringat masakan emak di kampong.

Aroma dan rasa rempah ratus yang kuat mencirikan resepi Pajeri Terung ini. Ingat pula tempat orang kenduri tu selalu sediakan masakan ini kan. Satu masakan istimewa orang Melayu.

Jom layan Resepi Pajeri Terung yang lazat di lidah dan terbayang di tekak hehe..

Masa memasak: 30 minit

Jumlah hidangan: 4 orang

Bahan-Bahan

  • 3 biji terung saiz sederhana kecil
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 3 sudu besar minyak
  • 1 sudu besar kerisik
  • 3 sudu besar rempah kari daging (bancuh dgn air menjadi pes)
  • Rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 cm halia
  • 1 sudu besar udang kering

Cara Penyediaan

  1. Kisar halus bahan-bahan ini (3 ulas bawang putih, 2 ulas bawang merah, halia, udang kering).
  2. Potong memanjang terung bersaiz lebih kurang sejengkal-sejengkal.
  3. Tuang minyak ke dalam priuk, panaskan minyak, tumiskan bahan yang dikisar tadi bersama rempah tumis sehingga mengeluarkan aroma wangi.
  4. Kemudian perlahan masukkan rempah kari yang telah dijadikan pes. Masak hingga pecah minyak.
  5. Kemudian masukkan terung kesemua sekali, dan tambahkan sedikit air sehingga terung agak tenggelam, kacau seketika.
  6. Tuang santan pekat dan kerisik. Masak dengan api sederhana sehingga terung lembut dan kuah menjadi pekat.
  7. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa mengikut selera.
  8. Boleh pula lebihkan sedkit gula kerana masak pajeri sama seperti kari terung yang berkuah lemak manis.
  9. Bagi yang tak nak sangat rasa manis, boleh skip la.

Kerana yang makan ialah Anda dan keluarga, mestilah mengikut selera lidah korang masing-masing ye..

Pajeri Terung dah pun siap, hidangkan.

Lebih lazat bila Anda dan ahli keluarga makan bersama nasi panas. Senang je kan.

Dah samakah dengan masakan emak di kampung? Tambah pula resepi lazat lainnya yang boleh dijumpai di laman ini. Terima kasih.

Leave a Comment