Resepi Pajeri Nenas

Assalamualaikum. Siapa di sini tak pernah lagi makan Pajeri Nenas? Rasa-rasa semua dah pernah makan resepi turun temurun dari orang-orang tua kita ni kan.

Ramai yang sukakan pajeri nenas. Nak cari kat kedai makan, tak selalu berjumpa kan. Selalunya jumpa dalam majelis-majelis kenduri.

Resepi Pajeri Nenas kegemaran orang dari utara Malaysia dan lidah orang melayu tak asing dengan masakan berempah ratus ini.

Masakan orang Melayu ni memang kaya dengan rempah ratus. Lidah kita dah terbiasa nak kan pelbagai rasa bila makan.

Alhamdulillah, Allah bagi kita alam yang ditumbuhi macam-macam tumbuhan, sayur dan buahan yang boleh dijadikan bahan untuk dimakan.

Rasa pajeri nenas yang masam manis dan lemak ni memang paling lazat bila makan nasi panas-panas. Gaulkan dengan serata nasi tu, puuuhh.. best la.

Tak sadar tu nanti, tambah nasi tambah nasi lagi. Bila anak atau husband tu tengah tak sedap badan atau tak selera makan, cuba korang buat pajeri nenas. Boleh terbuka selera makan tu.

Yang tengah tercari-cari resepi nak masak apa makan siang ni, boleh korang cuba langsung. Yang belum ada plan nak masak korang simpan la resepi ni, bila-bila masa boleh cuba.

Semua bahan-bahan dia senang nak cari. Cara penyediaanya pun tak payah la. Jom memasak.

Masa memasak: 30 minit

Jumlah hidangan: 5 orang

Bahan-Bahan

  • 1 biji nenas, saiz kecil
  • 1 bungkus kecil sebuk kari ikan/daging
  • 4 biji bawang merah, ditumbuk kasar
  • 3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
  • 1 sudu besar udang kering (boleh tukar kepada ikan bilis), ditumbuk kasar
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 inci halia, hiris nipis
  • 1 senduk minyak
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Bahan untuk rempah tumis:
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 sudu teh halba campur

Cara Penyediaan

  1. Hiris nipis 4 biji bawang merah kecil, 3 ulas bawang putih, 1 inci halia (dan potong halus memanjang). Letak ke dalam 1 bekas, asingkan.
  2. Kupas kulit nenas dan buang mata nenas. Lalu belah dua dan hiris agak tebal membentuk separuh bulat.
  3. Bancuh dengan air 3 sudu besar serbuk kari daging.
  4. Tumbuk sehingga halus udang kering atau ikan bilis.
  5. Celur nenas dalam air panas mendidih dalam masa 4-5 minit, bagi mengurangkan rasa masam nenas. Angkat dan toskan. Bila suka rasa masam nenas, tak payah celur lagi, cukup basuh saja.
  6. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia. Lebihkan sedikit minyak supaya tumis tu sempurna.
  7. Masukkan bahan untuk rempah tumis. Tumis sampai berwarna kekuningan dan bau wangi.
  8. Masukkan bancuhan serbuk kari daging, kacau sehingga pecah minyak.
  9. Masukkan bahan tumbuk udang kering atau ikan bilis tadi. Kacau rata, tambahkan sedikit air dan kacaukan lagi.
  10. Masukkan nenas, kacau dan tambahkan gula sedikit.
  11. Kacau sehingga sebati atau anggaran masa 10-15 minit, boleh tambah air bila dirasa terlalu pekat sangat.
  12. Masukkan santan sedikit dan kerisik. Tambahkan lagi gula dan garam secukup rasa. Kacau sehingga sebati.
  13. Masakkan lagi sehingga mendidih.
  14. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Kalau macam ini, senang sangat la. Rasa pajeri nenas memang lebih sedap bila manis, sebab nenas tu dah masam kan.

Sebenarnya terpulanglah selera rasa korang dan keluarga. Nak kan lebih manis, bagi lebih gula.

Apalagi nak tunggu, makanlah dengan nasi panas tu. Selamat mencuba! 🙂

Leave a Comment