Sedapnya kalau dapat makan Nasi Tomato kan? Lagi seronok kalau dapat masakkan untuk seisi keluarga.
Senang sahaja untuk buat Nasi Tomato ni. Jom saya kongsikan resepinya.
Masa memasak: 20 minit
Jumlah hidangan: 8 orang
Bahan-bahan
- 5 cawan beras biasa/ beras Basmathi
- 5 cawan air
- 4-5 kuntum bunga lawang
- 2 batang kulit kayu manis
- 10 kuntum bunga cengkih
- 4-5 biji buah pelage
- ¼ cawan minyak zaitun (kalau tiada boleh ganti dengan minyak masak)
- 2 sudu besar menggunung minyak sapi (kalau tiada boleh ganti dengan mentega)
- ½ cawan susu air
- 1 sudu besar gula
- ½ sudu besar garam
- 3-4 helai daun pandan di simpul
- 3 sudu besar tomato puri
- 4 biji tomato (kisar dengan sedikit air)
- Kismis untuk hiasan
Bahan kisar (atau dihiris halus)
- 2 biji bawang besar *
- 8 ulas bawang putih *
- 2 ketul halia sebesar ibu jari *
Cara penyediaan
- Mula-mula sekali, rendamkan beras supaya beras masak elok apabila dicampur dengan bahan-bahan lain.
- Jika anda menggunakan beras biasa rendam selama 15-20 minit tetapi jika anda menggunakan beras Basmathi rendam selama 30 minit.
- Panaskan sebuah periuk dan masukkan minyak sapi dan minyak masak.
- Biarkan minyak sapi cair kemudian masukkan rempah-rempah tumis seperti kayu manis, cengkih, pelage dan bunga lawang. Tumis seketika.
- Seterusnya masukkan bahan yang dihiris dan kacau hingga berbau wangi.
- Kecilkan api dan boleh masukkan beras. Kacau sehingga rata selama 1 hingga 2 minit.
- Masukkan pula air, susu cair, tomato puri, daun pandan, gula dan garam secukup rasa.
- Akhir sekali, pindahkan semua bahan ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa.
- Siap untuk dihidang.

Macam mana? Senang sahaja kan nak buat Nasi Tomato ni.
Nasi Tomato sangat enak kalau di makan dengan Ayam Masak Merah dan Acar Timun.
Pasti seisi keluarga gembira dapat menikmati makanan enak hasil air tangan anda.
Semoga bermanfaat.