Resepi Nasi Goreng Cili Padi

Pernah makan nasi goreng cili padi? Rasanya ini antara menu a la carte yang selalu kita order bila makan di luar. Betul tak? Kadang-kadang saya boleh hidangan yang sangat kena dengan anak tekak saya. Kadang-kadang rasanya biasa-biasa sahaja.

Jika di JB anda pernah makan nasi goreng cili padi yang sedap di sebuah Medan Selera di Taman Tun Aminah dan satu lagi di Taman Universiti. Kedua-dua gerai ini menggunakan gabungan resepi yang hanpir sama.

Dan yang paling penting bahan tumisnya ditumbuk dengan lesung batu.

Resipi nasi goreng cili padi merupakan masakan kampung, yang biasa-biasa saja, namun rasanya luar biasa, nasi goreng yang lebih dominan pedas ini akan menggugah selera makan anda sehingga anda tidak akan berhenti makan.

Harini saya nak kongsikan resepi nasi goreng cili padi yang sedap macam kat kedai. Kalau anda ingin mencubanya di rumah, sila ikuti cara buat nasi goreng cili padi berikut ni:

Masa memasak: X minit

Jumlah hidangan: 4 orang

Bahan-bahan

  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 6 biji cili padi (boleh tambah jika mahu lebih pedas)
  • sedikit ikan bilis (saya guna ikan bilis halus)
  • 1 inci belacan
  • 2 sb sos ikan
  • 3 batang kacang panjang dipotong pendek-pendek
  • sedikit lobak dipotong dua dan dihiris halus
  • 3 cawan nasi sejuk
  • 2 biji telur
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih. Ketepikan kemudian. Tumbuk pula cilipadi, ikan bilis dan belacan ketepikan.
  2. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali. Tumiskan bawang hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan pula cilipadi, ikan bilis dan belacan yang telah ditumbuk tadi. Kacau hingga agak garing.
  4. Masukkan sayur-sayuran dan sos ikan. Pecahkan telur dan dibiarkan sebentar sebelum dikacau rata.
  5. Masukkan pula nasi dan dikacau. Apabila kurang masin masukkan secubit garam. Sedia untuk dihidang.

Nasi goreng ini enak bila dimakan bersama ayam goreng, telur goreng, bahkan lebih nikmat bila lauknya ayam goreng bumbu sambal, ini akan menambah cita rasa ketika kita menikmati hidangan ini.

Ditambah keropok sebagai pelengkap membuat masa menikmati hidangan ini lebih crunchy dan lagi sodap.

Resipi Nasi goreng cili padi ini boleh kita dapatkan di warung warung makan kecil bahkan di warung makan mewah, tentu saja rasanya berbeza.

Anda boleh mengkreasikan isi dari nasi goreng ini, boleh anda tambahkan sayur-sayuran, sosej, ayam dan kambing, tentu saja rasanya akan jauh berbeza.

Kadang kita boleh menemuinya di pedagang kaki lima yang sering lewat di depan rumah kita, namun jelas rasanya akan berbeza dengan resepi nasi goreng cili padi yang di jual di rumah makan mewah.

Biasanya di restoran mewah, hidangan ini dihidangkan dengan beberapa lauk pelengkap, dengan sate kambing dan keropok udang sebagai pelengkap.

Juga jangan lupa dengan minuman yang akan melengkapi hidangan ini, ais tea, ais lemon tea, sangat sesuai mendampingi menu hidangan ini.

Hidangan ini juga sesuai untuk bekal sekolah, pejabat ataupun kampus, sehingga keluarga anda tercinta tidak perlu mengeluarkan wang lagi untuk menikmati hidangan yang satu ini.

Sekian untuk resepi kali ini, semoga dapat bermanfaat bagi anda dan keluarga anda. Selamat mencuba.

Leave a Comment