Resepi Lontong Kuah Lodeh

Antara hidangan Hari Raya yang popular di selatan Malaysia adalah Lontong bersama Kuah Lodeh.

Hidangan ini mudah sahaja untuk disediakan, cuma bahan-bahannya agak renyah untuk disediakan.

Jom saya kongsikan resipi Lontong Kuah Lodeh di bawah.

Masa memasak: 1 jam

Jumlah hidangan: 10 orang

Bahan-bahan

  • Sebungkus nasi impit segera
  • 500g udang
  • ¼ biji kobis
  • ¼ biji sengkuang-potong Panjang
  • 1 batang lobak merah
  • 6 batang kacang Panjang
  • 2 biji terung
  • 1 biji kentang- potong 8
  • 2 keping fucuk – rendam dan potong kecil
  • 1 ikat soo hoon – rendam dan potong kecil
  • 1 keping tempe – potong dadu besar dan goreng
  • 2 keping tauhu – potong kecil dan goreng
  • 2 batang cili merah – hiris
  • 2 batang serai – diketuk
  • 1 cawan udang hidup
  • 2 kotak santan
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk kunyit

Bahan kisar

  • 8 ulas bawang merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 sudu besar udang kering – rendam dan tos

Cara Penyediaan

  1. Panaskan air dan periuk besar dan biarkan mendidih. Setelah mendidih masukkan nasi impit dan biarkan sehingga masak.
  2. Kisarkan semua bahan kisar. Sediakan periuk besar dan masukkan air. Masak air sehingga mendidih. Kemudian masukkan bahan kisar dan serai.
  3. Bersihkan udang, buang kepala dan kulitnya.
  4. Setelah mendidih, masukkan kentang, lobak merah dan sengkuang.
  5. Setelah kentang agak empuk, masukkan sayur-sayuran yang lain, kobis, kacang Panjang, terung, udang, tauhu dan tempe.
  6. Biarkan mendidih seketika kemudian masukkan pula fucuk, soo hoon dan cili.
  7. Setelah semua lembut masukkan pula santan pekat dan masak di atas api yang perlahan.
  8. Teruskan mengacau perlahan-lahan supaya santan tidak berketul.
  9. Tambahkan air secukupnya jika anda rasa kuah terlalu pekat. Masukkan garam dan sesuaikan rasa.
  10. Hidangkan bersama nasi impit, telur rebus, kuah kacang dan sambal tumis.

Tips

Jika masak lodeh untuk hari raya, masak lodeh di pagi raya, jangan masak pada malam hari bagi mengelakkan kuah lodeh cepat basi.

Selain itu, boleh juga masak sayur-sayuran dan bahan kisar dahulu.

Semasa hamper tiba waktu makan, barulah didihkan semula sayur dan masukkan santan bagi mengelakkan kuah lodeh cepat basi.

Semoga bermanfaat ya. Selamat Hari Raya!

Leave a Comment