Resepi Kuih Donat Lembut Dan Gebu

Sesekali buat donut sendiri seronok juga kan? Boleh ajak anak-anak menguli sekali.

Pasti anak-anak seronok. Buat donut ni mudah sahaja Cuma agak leceh sedikit sebab nak kena tunggu doh kembang. Saya kongsikan resipi di bawah.

Masa memasak: 20 minit

Saiz hidangan: 4 orang

Bahan-bahan

  • 2 sudu kecil yis mauripan*
  • ¼ cawan air suam*
  • 1 sudu kecil gula*
  • 3 cawan tepung gandum
  • 4 sudu besar gula
  • ½ sudu kecil garam
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur
  • ½ cawan air (ikut keperluan)
  • 2 sudu besar butter/marjerin

Cara penyediaan

  1. Campurkan yis, air suam dan gula ke dalam cawan dan pastikan campuran berbuih bagi menandakan yis aktif.
  2. Satukan pula tepung, gula, garam, dan susu tepung ke dalam mangkuk yang besar.
  3. Gaulkan semua bahan sehingga sekata. Setelah sekata lubangkan di tengah-tengah adunan.
  4. Tuangkan telur, camouran yis, air dan marjerin ke tengah adunan yang dilubangkan tadi.
  5. Uli adunan sehingga licin atau tidak melekat di tangan.
  6. Biarkan doh seketika di dalam bekas yang bertutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang (2 kali saiz asal)
  7. Apabila doh sudah kembang, tumbuk-tumbuk adunan bagi mengeluarkan angin.
  8. Ambil sedikit dari adunan tersebut dan bentukkan menjadi donut. Tidak perlu terlalu besar kerana adunan akan kembang lagi.
  9. Biarkan selama 15-20 minit sehingga doh naik .
  10. Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan minyak.
  11. Setelah minyak panas, masukkan adunan yang berbentuk donut. Goreng dengan api sederhana kecil.
  12. Setelah kuning keemas an, angkat donut dan toskan.
  13. Salutkan donut dengan gula halus.
  14. Siap untuk dihidang.

Tips

Pastikan yis aktif. Jika tidak, donut tak jadi.

Semasa menggoreng, pastikan api sederhana kecil.

Jangan goreng terlalu garing. Cukup sekadar kuning keemasan.

Anda juga boleh celupkan donut anda dengan coklat dan hiskan dengan kacang dan sebagainya. Ikut kreativiti anda dan anak-anak.

Apa pon bagi saya donut tradisional juga sedap. Semoga bermanfaat!

Leave a Comment