Tengah-tengah panas kalau dapat makan buah tembikai memang best sangat kan? Nikmat je rasa. Lagi-legi tengah berpuasa ni. Tembikai potong dan simpan dalam peti sejuk pon sedap.
Makan sejuk-sejuk. Buat jus pon sedap. Tapi tak ramai yang tahu bahawa kulit tembikai juga boleh di buat lauk.
Kulit tembikai yang saya maksudkan adalah kulit putih tembikai di bahagian dalam. Biasanya kita akan ambil bahagian yang berwarna merah sahaja kan? Bahagia nisi yang putih kita akan buang, betul?
Harini saya nak kongsikan apa yang anda boleh buat dengan isi atau kulit tembikai yang berwarna putih ini. Kerabu Tembikai Utara ni sangat sedap dan anda wajib cuba tau.
Masa memasak: 5 minit
Jumlah hidangan: 4 orang
Bahan-bahan
- Serpihan isi tembikai lepas potong
- 1 biji bawang merah
- 2 tangkai cabai melaka (cili padi)
- 1 inci belacan
- sebiji tomato
- 1 biji limau Kasturi atau 1 sudu cuka epal
Cara Penyediaan
- Kikis isi tembikai yang berwarna putih dan semua lebihan isi tembikai yang tertinggal.
- Hiris bawang merah dan cili padi.
- Potong tomato secara memanjang.
- Kemudian gaulkan isi tembikai dengn belacan, cili padi, tomato, limau Kasturi atau cuka epal dan bawang merah.
- Setelah sebati, tambahkan sedikit garam. Siap.
Tips
Rendam hirisan tembikai dalam air kapur selama beberapa minit supaya hirisan tembikai kekal rangup.

Banyak lagi resipi yang kita boleh masak menggunakan kulit tembikai ni. Jika ada kelapangan saya akan kongsikan dengan anda kelak.
Sekali-sekala kita cuba makanan luar dari kebiasaan kita apa salahnya kan? Asalkan tidak memudaratkan.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba. 🙂