Resepi Ikan Siakap Masam Manis

Ikan Siakap masam manis ni banyak boleh jumpa kat kedai makan seafood. Sebab banyak jumpa kerana ramai yang suka. Maka dia orang jual kan. Harga dia pula bukannya murah. Kalau kita buat sorang tentulah boleh lebih murah kan.

Ikan siakap tu pun kena pandai-pandailah nak cari dimana ada jual yang agak murah. Lepas tu, kita masak sorang.

Tak pandai masak ikan siakap masam manis lagi? Kejap lagi kita kongsikan resepi ikan siakap masam manis yang mudah, biar semua boleh masak, termasuklah yang baru nak belajar memasak.

Mesti cuba buat ye. Tak payah belanja makan kat kedai-kedai tu lagi. Jimat duit sikit, boleh saving guna bila masa cuti sekolah kan. Bawa keluar anak-anak makan angin hehe..

Masa memasak: 35 minit

Jumlah hidangan: 3 orang

Bahan-bahan

Bahan-bahan Ikan Siakap Masam Manis iaitu:

  • 1 ekor ikan siakap
  • Tepung Jagung
  • Garam
  • 1 Biji Bawang Besar (tumbuk halus)
  • 1/2 inci Halia (tumbuk halus)
  • 3 Ulas Bawang Putih (tumbuk halus)
  • 3-4 Sb Cili Kisar
  • Sedikit air
  • 3 Sb Sos Tomato
  • 4 Sb Sos Cili
  • Gula
  • 1/2 Bawang Holland (hiris bulat)
  • 1/4 Nenas
  • 1 Biji Tomato

Sebelum kita tengok cara penyediaanya, adapun bahan-bahan tambahan seperti bawang holland, nenas dan tomato terpulanglah nak guna atau tak.

Ada sesetengah orang tak sukakan tomato atau bawang Holland, boleh letak nenas sahaja.

Garam, gula dan sos tu pun mengikut cita rasa masing-masing, boleh tambah atau kurangkan. Yang suka pedas boleh tambah cili padi.

Cara penyediaan

  1. Taburkan tepung jagung dan garam secukupnya pada ikan yang sudah dibersihkan, lumurkan rata keliling ikan. Perap seketika, biar meresap.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan sampai masak garing, kemudian angkat, toskan dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak sedikit kemudian tumis bawang besar, bawang putih dan halia, kacau sehingga keluar bau.
  4. Masukkan cili kisar, kacau rata sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan sedikit air, sos tomato dan sos cili. Kacau sehingga bertukar warna menjadi gelap, tambahkan garam dan gula secukup rasa terus kacau.
  6. Masukkan bawang holland, nenas dan tomato, terus kacau biar masak seketika. Tutup api.
  7. Letak ikan dalam pinggan lauk. Tuangkan rata sos ke atas ikan. Sedia dihidang.

Ikan siakap masam manis ni lebih lazat makan selagi hangat dan makan dengan nasi hangat.

Boleh lah korang cuba esok ye, makan bersama ahli keluarga di rumah, tak payah keluar makan kat kedai hehe. Sampai jumpa lagi di resepi lazat lainnya.

Leave a Comment