Salam, jumpa lagi. Semoga semua sentiasa dalam keadaan sihat dan masih selera makan ya. Harini saya nak kongsikan resepi yang senang nak buat dan digemari semua orang sesiapa penggemar cempedak.
Mungkin sesetengah orang malas nak makan cempedak sebab getah dia kan. Tapi sekarang cempedak telah banyak diinovasikan orang menjadi pelbagai resepi dan masakan selain buah cempedak yang fresh tu, yang baru ambil dari pokok.
Bermacam resepi cempedak seperti kerepek cempedak, cempedak goreng, ais krim cempedak, kek cempedak dan sebagainya. Bagi penggemar cempedak, tak kisahlah apa jua bentukan resepi cempedak tu.
Yang saya nak kongsikan iaitu resepi cempedak goreng. Cempedak goreng spesial yang rangup krup krap, krup krap, bukan sekedar goreng begitu sahaja.
Kita kongsikan cara dan tips yang telah terbukti diterima kelazatannya di semerata dunia, hihi.
Sebelum kita mulakan, buah cempedak boleh didapat dimana-mana. Terlebih lagi bila belakang rumah ada pokok cempedak tu. Atau ada jiran bagi ke kita buah cempedak fresh.
Cempedak ni bila berbuah banyak tau. Jiran-jiran biasa bagi kita rasa buah cempedak dia. Dulu-dulu, orang tua selalu memberi balas bila jiran ada bagi kita buah dari kebun atau makanan.
Nah, apa kata bila ada jiran bagi buah cempedak, kita buat cempedak goreng. Lepas tu bolehlah kita bagi jiran tu cempedak goreng spesial krup krap yang kita buat. Berkah hidup berjiran tetangga.
Jomlah kita tengok senarai bahan-bahan resepi cempedak goreng spesial krup krap, krup krap ni.
Masa memasak: 15 minit
Jumlah hidangan: 5 orang
Bahan-bahan
- 1 cawan tepung gandum
- 1/3 cawan tepung beras
- 1 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- 250 ml air
- 3 sudu besar minyak masak panas
- 1kg cempedak
Cara penyediaan
- Masukkan dan kacau sebati bahan-bahan tepung gandum, tepung beras, serbu kunyit, garam dan sedikit air.
- Panaskan 3 sudu besar minyak, selepas tu masukkan ke dalam bancuhan tepung dan kacau. Bila bancuhan tepung tu pekat sangat, boleh tambah sedikit air dan kacau lagi sehingga betul-betul sebati.
- Panaskan lagi minyak.
- Celupkan cempedak dalam bancuhan tepung, angkat dan goreng dalam minyak panas tadi.
- Gorengkan cempedak sehingga berubah warna keperangan. Balek-balekkan cempedak supaya tak hangus. Bila nakkan banyak kerak, boleh tabur bancuhan tepung dalam minyak panas.
- Angkat cempedak yang sudah masak dan toskan guna tisu dapur.
- Cempedak goreng sedia untuk dinikmati.
Tips
Bila nak buat salutuan tepung lebih tebal lagi, boleh bancuh tepung pekat sedikit. Bila nak buat salutuan nipis pula, cairkan sedikit bancuhan tepung ini.

Sst…rahsia resepi cempedak goreng krup krap, krup krap dah dikongsikan.
Boleh cube nanti atau besok, boleh kongsikan hasilnya di sini. Dan jangan lupa bagi ke jirang tadi yang telah bagi kita buah cempedak hehehe.