Assalamu’alaikum. Harini saya nak kongsikan resepi kuih raya. Apa pasal kuih raya pula? Sebab dalam kuih muih raya tu, resepi ni paling ramai digemari kanak-kanak.
Silap-silap raya belum lagi sampai, kuih ni dah habis. Maksud hati nak terai sebijik, sebijik demi sebijik, lama-lama tak sadar kuih ni pun habis hehe.
Apa dia? Iaitu cornflakes madu. Hmmm…sedap kan. Kerana rasa manis dan rangup tu, anak-anak pastilah suka. Kita orang besar pun suka juga kan.
Saya nak kongsi cornflakes madu yang rangup dan sangat jimat sebab tak perlukan kos yang tinggi membuatnya.
Lebih berkesan lagi, cara nak buat cornflakes madu ini mudah sangat dan ketepatan sukatan bahan-bahannya tak payah terlalu tepat-tepat sangat, kerana bahan-bahan dia rasa manis dan lemak.
Jom tengok bahan-bahan dan cara penyajiannya di bawah ini.
Masa memasak: 30 minit
Jumlah hidangan: 50 biji
Bahan-bahan
- 300 gram cornflakes (6 cawan)
- 100 gram madu (2/3 cawan)
- 125 gram mentega
- 1-2 sudu besar gula
- Manik gula, bijan, atau sprinkle mengikut selera (nak pakai ceri boleh untuk hiasan)
- Baking paper cup (cawan kertas)
Cara penyediaan
- Cairkan mentega, guna api perlahan sehingga mencair semua.
- Tuang madu ke dalam mentega yang sudah cair, kemudian masukkan gula. Kacau sebati, kemudian tutup api.
- Tuang cornflakes dalam besen, remas-remas sedikit, jangan hancur sangat.
- Tuang madu dan mentega tadi ke dalam cornflakes, gaul rata.
- Sediakan baking paper cup satu per satu.
- Sudukan cornflakes tadi ke dalam paper cup satu per satu sehingga penuh.
- Taburkan sedikit manik gula atau sprinkle ke atas cornflakes pada baking paper cup.
- Panaskan ketuhar pasa suhu 170°c.
- Susun di atas loyang dan bakar kedalam ketuhar selama 10-15 minit.
- Setelah keluarkan dari ketuhar, sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan ke dalam balang.
Tips
Anda perlu lakukan semua langkah diatas dengan seberapa cepat yang mungkin kerana jika lambat proses menyudukan campuran cornflakes ke dalam paper cup akan menjadi agak sukar.
Anda boleh juga campurkan bahan-bahan lain jika anda gemar seperti kismis, badam dan lain-lain.
Bila dah sedia tu, angkat cornflakes madu tu dan susun dalam balang kaca. Susun cantik-cantik, dan letak tempat sejuk jangan terkena sinar matahari langsung.

Balang kaca mestilah yang kedap angin, biar cornflakes madu tu tak masuk angin dan tetap rangup.
Bagi tau seluruh keluarga dan anak-anak, bila dah makan tu, jangan lupa tutup balek rapat-rapat. Semut pun tentu suka juga, sebab dia manis. Kata orang-orang dulu, ada gula ada semut hehe.
Macam mana Puan? Mudah sangat nak sediakan cornflakes madu ni kan. Tak payah nak tunggu raya pun boleh cuba.
Boleh jimat kos bila kita sediakan makanan kudapan sebegini di rumah. Bila korang pergi belanja makanan kudapan di kedai-kedai tu tentu lebih banyak kos kan.
Resipi Cornflakes Madu ini ada bermacam versi sebenarnya. Ada juga versi yang tidak perlu bakar. Sangat sesuai sekiranya anda tidak mempunyai ketuhar.
Namun bagi saya, saya lebih sukakan Cornflakes Madu yang dibakar kerana kerangupannya akan tahan lebih lama dan salutan mentega dan madu akan terasa lebih sedap. Semoga resipi ini bermanfaat untuk anda. Selamat Hari Raya Aidilfirti saya ucapkan.