Resepi Ayam Masak Tomato

Anda mencari resipi ayam ke? Saya cadangkan anda cuba resipi yang saya akan kongsikan harini iaitu Ayam Masak Tomato. Resipi ini sangat sedap dimakan dengan nasi minyak.

Gabungan rasa pedas, manis, masam tomato segar dicampur dengan rasa cili pedas membuatkan Ayam Masak Tomato ini kaya dengan rasa.

Ayam Masak Merah ini memiliki kuah yang pekat walau tidak menggunakan santan.

Jika anda suka tomato, pastinya anda akan sukakan Ayam Masak Tomato ini.

Masa memasak: 30 minit

Jumlah hidangan: 4 orang

Bahan-bahan

  • ¾ ekor ayam (dipotong kecil)
  • 5 sudu besar cili kering kisar
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji tomato yang dikisar dengan ½ cawan air
  • 1 biji besar bawang holland – di hiris kasar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu kecil gula pasir
  • 1 batang serai diketuk
  • garam secukup rasa

Cara penyediaan

  1. Basuh ayam sehingga bersih.
  2. Lumurkan garam dan kunyit keatas ayam dan gaul sehingga sebati. Panaskan minyak didalam kuali dan gorengkan ayam sehingga separa masak.
  3. Kurangkan minyak gorengan ayam, goreng pula bawang besar holland sehingga separa layu kemudian masukkan cili kering kisar.
  4. Masukkan pula tomato kisar dan masak sehingga naik minyak, masukkan sos cili, sos tiram, gula dan garam serta serai. tambah sedikit air untuk berkuah.
  5. Selepas itu masukkan ayam separa goreng dan bawang yg dihiris kasar tadi. Biarkan seketika sehingga ayam sebati dan ayam masak sepenuhnya.
  6. Siap untuk dihidang.

Tips

Semasa goreng ayam pastikan anda menggunakan api sederhana supaya ayam masak sepenuhnya. Gunakan minyak yang banyak semasa menggoreng.

Semoga resipi ini bermanfaat untuk anda dan keluarga anda. Air tangan ibu pastinya masakan terbaik untuk keluarga.

Ayam Masak Tomato nampak susah tapi sebenarnya sangat mudah untuk disediakan.

Anda boleh masak Ayam Masak Tomato ni sekali sekala dan bagi kejutan kepada keluarga anda. Sudah pasti anak-anak dan suami akan memuji masakan anda.

Leave a Comment