Menu Diet Untuk Seminggu (part 1)

Hello kawan-kawan ku sekalian….Minggu ni sebenarnya saya tengah berdiet. Maklumla sejak beberapa tahun kebelakangan ni, nafsu makan saya semakin membuak-buak. Sungguh…dulu sebelum kawin, berat saya sekitar 50kg dengan ketinggian yang tak berapa nak tinggi. Kini dah jangkau 60kg… Kalau ada tanda2 nak mengandung budak ke, memang saya tak kisah malah lagi seronok. Tapi kini saya hanya mampu mengandungkan  perut yang seperti ropol-ropol kain langsir… huwa..sungguh hodoh tau :cry:

kalau ikut carta BMI ni, saya berada pada kedudukan jalur berwarna kuning (overweight tu..huhu). Korang pun, sambil2 baca entri ni, cuba check BMI berat badan korang berapa? Adakah seimbang / sebaliknya ? 8O

 

 Salah satu perkara yang tak dapat dielak – asal ikut mr suami outstation je, kami wajib melakukan aktiviti jjcm. Mr suami pulak jenis yang tak berkira bab-bab makan.  Dia suka sangat meraikan sahabat2 dan keluarga kami dengan aktiviti makan-makan. Of course la saya ikut makan sekali. Ada ketika, mr suami suruh saya google kat internet, cari tempat makan best. Kemudian kami pi terjah la tempat makan tu. ala…macam si Serena dan Qi buat utk program jjcm kat tv3. Satu lagi pesan mr suami, kalu kita mahu sentiasa dimurahkan rezeki, maka kita jangan berkira kalau nak belanja orang terutama bab makan. Semoga murah rezeki kita ya Abang …. :lol:

Di tambah pulak semenjak dua menjak ni saya memiliki blog juadahmalaysia.com yang berniche kan makanan, maka secara tak langsung saya harus sekerap mungkin berkongsi cerita tentang makanan. Kamera DSLR yang menjadi rakan baik saya juga merupakan salah satu faktor yang membuatkan saya suka tangkap gambar makanan dan makan…. Sedar tak sedar, berat badan saya dah naik hampir 10kg berbanding beberapa tahun dulu. Bila mr suami membuat teguran pasal ke’lebar’an tubuh saya, maka saya sedikit tersentak ! Malu pun ada. Tiba2 berkobar pula semangat untuk mengurangkan berat badan. Kata mr suami, ketinggian saya yang tak berapa nak tinggi membuatkan saya tak sesuai utk memiliki berat badan seperti skrg. So, dia minta saya melakukan sesuatu….

Jadi, nak tahu apa yang saya buat? hehe..saya ni pantang dicabar ! Jadi dalam diam-diam saya beli satu produk X ni yg berupa produk makanan kesihatan yg agak terkenal di peringkat global. Sebelum ni pernah dengar kawan dok cerita ttng keberkesanannya. Maka saya pun pejam mata beli la produk X ni yang boleh tahan juga hargenya. Saya kena jadi ahli dulu untuk dapatkan harga produk yg lebih murah.  Vitaminnya saya amalkan dan mengikut setiap panduan makanan yang dianjurkan. Selain amalkan produk X tu, saya juga membuat perubahan pada menu makanan harian saya. Tak de jamah nasi lauk gulai kari lagi…  Antara menu diet makan tengahari/petang selama seminggu yang saya amalkan adalah :

Hari Pertama – Pagi: F1 choclate shake, Tghari/Petang: Sardin Sandwish, Malam: F1 choclate shake

Hari Kedua – Pagi: F1 choclate shake, Tghari/Petang: Behun Tomyam, Malam: F1 choclate shake

Hari Ketiga – Pagi: F1 choclate shake, Tghari/Petang: Pancake Pisang, Malam: F1 choclate shake. Nak resepi pancake yg sihat? Klik SINI.

Hari Keempat – Pagi: F1 choclate shake, Tghari/Petang: Sardin Sandwish, Malam: F1 choclate shake. Nak resepi sardin sandwish yang mudah lagi sedap? Klik SINI.

Hari Kelima – Pagi: F1 choclate shake, Tghari/Petang: Salad Bebola Ikan, Malam: F1 choclate shake

Hari Keenam – Pagi: F1 choclate shake, Tghari/Petang: Chicken cold cuts sandwish, Malam: F1 choclate shake

Hari Ketujuh – Pagi: F1 choclate shake, Tghari/Petang: cream creaker+vitagen, Malam: F1 choclate shake


 Alhamdulilah berjaya juga saya melalui tempoh 7 hari tanpa menikmati makanan yang berat terutamanya nasi putih. Seronok sangat sebab badan terasa lebih ringan dan perut pun tak terasa “padat”. Tiap2 hari saya timbang berat badan guna alat penimbang kat rumah.hehe. Walaupun berat saya tak turun banyak (cuma 1 kg), namun saya puas hati. Tak elok juga berat badan turun terlampau drastik. cukup la seminggu 1 kg.  Satu lagi peringatan, masa diet ni kita kena pastikan minum banyak air masak tau (bukan air yg berwarna + gula). Sekurang2nya 2 liter sehari. Kenapa kena minum banyak air? Salah satu sebabnya proses pembakaran kalori memerlukan bantuan air agar lebih efektif. Dalam erti kata lain, air juga mempengaruhi fungsi metabolism tubuh. Ok..ok.. saya cerita sikit je pasal air kali ni. Nak tahu lebih lanjut, tunggu entri berikutnya untuk mengetahui faktor “air” yang memainkan peranan penting untuk menjadikan kita kurus dan sihat.

Eh..eh.., Panjang juga entri saya kali ni. Harap korang tak bosan dengan entri diet ni. Next entri saya akan kongsikan menu diet untuk minggu ke-dua pula. Jangan lupa singgah sini lagi untuk dapatkan info tentang makanan sihat.

update 30 April 2012 : Klik SINI untuk Menu Diet (part 2)

 

pst 1: walaupun korang tgh diet sekarang, tapi tak semestinya korang tak makan apa2 langsung. Jgn buat gitu tau! Jamah la sikit makanan contohnya seperti menu yg saya sediakan di atas. Kalau tak makan, nanti xde tenaga nak lakukan mcm2 aktiviti seharian. Korang juga yg rugi nanti. 

pst 2 : “Jalan2 singgah makan” akan up date seperti biasa (walaupun sya tgh diet) cuma cerita makan2 yg sedap tu adalah cerita tertunggak. Saya akan kembali terjah tempat2 makan menarik apabila keadaan fizikal kembali memuaskan hati suami saya .. :mrgreen: :mrgreen: :D

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

34 thoughts on “Menu Diet Untuk Seminggu (part 1)

  1. Pingback: My Homemade Pancake Pisang | JuadahMalaysia.com

  2. Pingback: Menu Diet Seminggu (part 2) | JuadahMalaysia.com

  3. Menyelerakan sungguh menu diet adik nih. Akak dulu diet jugak. tanpa mengambil sebarang produk cuma x makan nasi je lah…Alhamdulillah berjaya turunkan berat selepas bersalin secara pembedahan. Breakfast adik ni hmm looks yummy… :) akak dulu roti bakar ngan mentega jer..(x terfikir se creative adik ni)… Teruskan usaha :) kzi recently posted..Menjelang Zulkaedah

    • Saya pun diet dekat 2 bulan tak makan nasi sbb bila jamah nasi seolah2 tak mahu stop makan. ( tapi ganti dgn roti/ meehun). alhamdulilah ada penurunan.

      Tq kak atas dorongan

  4. hye..sy pn tgh ambil F1 choclate shake….sy mnum air sehari 1.5 liter+3 botol air mineral kecil….alhamdulillah bdn rasa ringan…:) sy tetap mkn nasi pd wktu tghari…tapi kuantiti yg amat sikit…sayur je yg byk….:)…. :D

    • Mana2 produk pun kena minumbanyak air barulah terasa cepat kenyang. Makan nasi tak salah cuma jgn terover ..hehe. Sya ni kalu nmpak nasi & lauk2 jadi terlajak makan. tu yang mkn roti/mee tuh

  5. bagusnya kak..sya pon tgah dlm proses nak kurangkan berat badan…huhuh dah overweight nie riso plak…at first heran gak nape kak asik minum choc shake..rupenye herbalife ek tp most of makanan yg akak mkan tu sya kurang skit..msih mngkaji mkanan yg sesuai utk diet nie……pepun good job kak…

    • Cubalah kurangkan berat myra. InsyaAllah kita hnya perlu jaga pada pemakanan saje. Hampir 2 bulan sya tak jamah nasi & makanan2 heavy membuatkan berat sya turun 6kg (ok la sya tak nak kurus sgt). Skrg dah tak diet lagi (xminum shake). Makan nasi semula tp masih terkawal :D

  6. kak ..sye mkn xla byk sgt..tp cpt nek brt bdn…ssh lar nak trun kan berat bdn…ssh…
    mum n dad pun mrh bla sye x mkn…tp nak jgk…coz kwn da kte sye mkin gmuk…

    • mm..ada org mkn tak byk tp badan cepat naiknya. kalau ada rezeki miss m cuba la makan produk kesihatan yg diperakui keberkesanannya. Manalah tahu ada manfaatnya nnti

  7. sebelum mengandung berat saya 75kg.saya diet dengan tidak menyentuh nasi langsung selama setahun tanpa mengambil apa2 produk pelangsingan.hanya mengamalkn minum air kosong sekurang2nya 2 liter dan minum secawan teh hijau selepas mkn.berat turun hingga 55kg…dlm masa setahun :)

    • Bagus la hezuin ada disiplin yg cukup tinggi demi utk menurunkn berat badan (xperlu berbelanja besar).
      Memng betul, salh satu cara utk diet adalah dgn meminum byk air kosong. namun kena byk sabar krn asyik mahu ke toilet. Apa2pun tahniah krn berjaya mcapai berat idaman.

  8. saya dah mkn herbalife dekat 2 bulan adala 6 kg turun tp kadang2 terbabas juga makan bila dah berkumpul ramai harap kita boleh la berkongsi menu diet . pd masa akan dtg bye wasalam .. :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: