Happy Birthday JuadahMalaysia.com

Alhamdulilah… Hari ni 11 April 2012, genablah setahun blog JuadahMalaysia.com berada di alam maya. Semalam selesai buat pembayaran renew bagi pakej mysilver berjumlah RM 54 (utk tempoh setahun) dengan pihak NetKL.

He..he… saya tak sangka. Hebat jugak…pejam celik pejam celik blog ni dah melalui transformasi dari hari ke hari dengan entri pertamanya tentang lokasi tempat makan di Kedai Roti milik Tun Mahathir di The Loaf, Langkawi. Kesemuanya ada 47 entri telah dimuatkan di laman blog ini. Untuk makluman, kebanyakkan lokasi makan di juadahmalaysia.com lebih tertumpu di negeri Kedah dan Penang kerana saya kerap ke negeri utara atas urusan kerja.

Di awal-awal kemunculan blog ini disiapkan, saya tidak pernah melakukan apa2 promosi hatta melakukan mana-mana blogwalking ke blog kawan-kawan. Kerja saya cuma ambik gambar makanan dan update ke dalam blog. Macam syok sendirilah kiranya… Hasilnya…. memang trafik ke blog ni sangat sedikit atau bahasa mudah… “tiada pengunjung”. Sebab tu kalau korang lihat di “Flag Counter”, walaupun dan setahun tapi jumlah pengunjung baru mencecah 9,000 pageview. sikit kan !.  Saya pun tak kisah sangat sebab pada masa tu saya lebih tumpukan kepada blog personal saya satu lagi….

header yang menarik membuatkan saya lebih bersemangat utk update blog

 

Namun… tiba2 saya terfikir mahu melakukan sesuatu agar blog ini mendapat perhatian pembaca terutama kepada seluruh rakyat Malaysia. Maklumlah dah bayar tapak blog mahal2, tak kan nak belek sorang2 jer kan? .. Jadi langkah seterusnya, bermula Disember 2011, saya menempah header dan banner untuk blog ni melalui blog IstanaCinta. Jeng..jeng..jeng.. maka terhasillah doodle comel seperti di atas. Masa ni barulah saya rasa bersemangat sikit nak ajak kawan2 singgah ke blog “jalan-jalan singgah makan” ni !. Sya juga tak lupa membuat bisnes card utk blog dan edarkan kepada kawan-kawan yang saya temui. Satu lagi, saya juga ada promosikan di laman-laman forum seperti di Mesra.net, RatuHati.com, Cakap.net dan forum anak kedah.

Disebabkan ke”rajin”an itu, alhamdulilah..bermula Januari 2012, barulah juadahmalaysia.com menerima kemasukan pengunjung yang boleh dibanggakan dari hari ke sehari.

Blog ni menjadi kesayangan saya dan saya berbangga dengannya kerana ia bukan berkisar cerita murahan gosip2 artis popular mahupun ahli politik tempatan tapi ia berkaitan perjalanan hidup saya mencari makan lalu dikongsikan kepada korang semua (jgn salah paham, bukan kongsi makanan tapi kongsi info je..heh).  Paling seronok bila ada kawan2 yang prihatin dan meninggalkan sepatah dua kata di ruangan komen. Terima kasih kepada kalian  krn membuatkan saya lebih bersemangat. (yang tak tinggalkan komen pun saya hargai juga tau… ! TQ)

Apa-apapun, semoga korang semua tak jemu untuk singgah dan menatap gambar-gambar makanan di sini lagi. InsyaAllah saya akan lakukan dengan lebih baik lagi untuk perkenalkan juadah malaysia di mata Dunia. Doa saya semoga blog ini terus kekal dan padat dengan info-info yang bermanfaat :-)

sumber gambar : tipsjust4u.com

 

pst : aduh…aduh… perut saya dah macam ropol-ropol kain langsir. inilah akibatnya kerana terlampau syok menikmati makanan :mrgreen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

6 thoughts on “Happy Birthday JuadahMalaysia.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: