Nasi Dalca Bawang, Bayan Lepas

Selain nasi kandar, satu lagi menu istimewa yang patut korang cuba jika singgah ke negeri Pulau Pinang tak lain tak bukan adalah Nasi Dalca. Nasinya lebih kurang macam nasi minyak. Dimakan bersama pelbagai jenis lauk dan lauk yang wajib ada sudah semestinya kuah dalca.

Kat bawah ni gambar makan-makan saya dua tahun lepas. Masa tu xde blog ni lagi. Daripada terperam lama2 dalam DSLR, jadi baru sekarang saya berpeluang tempekkan di blog buat tatapan hangpa semua. Jangan berlengah…jom ikut saya ke Bayan Lepas….

gerai ni namanya “Nasi Dalca Bawang”. dibuka pada waktu petang dan berakhir setelah lauk2nya habis dijual.

istimewanya nasi dalca di sini selain rasanya sedap ia juga ditabur dengan bawang goreng yang banyak. rangup pulak tu. maka itu sebabnya ia digelar nasi dalca bawang.

ini pula pelakon utama -  sudah semestinya gulai dalca

Ada banyak lauk-pauk yang dijual di sini. semuanya terpulang pada selera korang nak makan apa.. Ada udang, sotong, daging dan ayam. Yang best, ada ayam goreng rempah yg digoreng kat situ juga (panas..panas..). Tak lupa ada ayam masak merah, daging masak hitam dan daging masak rendang

Satu lagi lauk yang wajib ada iaitu kuah dalca. org penang memang favorite dia la bab makan dalca dan gulai2 kari nih. Selain tu ada jelatah, sayur kacang panjang dan sotong masak merah. Semuanya sedap-sedap tau …

 Sebenarnya ada beberapa jenis lauk lagi tapi kami hanya mampu nikmati lauk2 setakat ni aje. Makan ramai2 dengan staf mr suami kat bilik EQ Hotel. Masa ni saya lupa diri sbb makan apa aje yg nak di makan tak seperti sekarang saya tengah diet. :mrgreen:

Pada pendapat saya masakan kat gerai ni sangat memenuhi selera saya dan teman2. Lauknya pelbagai dan sedap2 pula. Dari segi harga juga berpatutan dgn lauk yang diambil. Kalu ambik sotong ke..udang ke… sah2 la mahal sikit okeh ! Gerainya pun simple dan terletak di tepi jalan. Kalau tengok daripada pandangan kasar, gerai ni pemiliknya orang melayu (bukan mamak). lagipun semua pekerjanya budak2 muda melayu. Waktu petang membawa ke Magrib adalah waktu paling ramai org datang samada nak tapau atau makan di situ. Tak ragu2 saya beri 5 bintang untuk masakannya :-)

Macamana nak sampai sini? senang aje… korang cuba kaji peta yang saya ambil dari web Tabung Haji di bawah. Kebetulan gerai ni berdekatan dgn kompleks Tabung Haji Bayan Lepas dan berhadapan dengan sebuah klinik kesihatan. ha…mudah kan !

klik peta utk gambaran yg lebih besar

pst : Anda ada pengalaman makan di sini ? Atau anda ada cadangan lain? Jom kongsikan dikotak komen di bawah supaya saya lebih bersemangat lagi untuk melaporkan tempat-tempat makan best di seluruh Malaysia.

PESANAN PENAJA: Entry ini tidak dibiayai oleh taukeh Nasi Dalca Bawang, malahan suami penulis kena bayar sendiri tau for all the food, huaaarrggghhhhh !!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

14 thoughts on “Nasi Dalca Bawang, Bayan Lepas

  1. nasi dalca ni aku pernah pekena satu kat area penang gak..tp nama tempat lupa dah…lokasi kat area2 pulau jugak bayan lepas atas sikit…kedai tepi jalan jerk…kat parking lot…tp mmg superb ngan nasi serta lauk pauk dia…nanti kalau aku balik kg blh aku dptkan detail…nak layan menu lain…blh klik blog aku tu…http://apamenuhariini.blogspot.com
    MENU recently posted..RESTORAN MR SAMBAL

      • saya rasa kedai nasi dalca yg dimaksudkan oleh menu tu terletak dekat Sungai Ara, depan sekolah rendah Sg, Ara… bg saya, saya lg suka nasi dalca dekat situ sbb kuah dia pekat, yg bayan lepas sya suka gak tapi kuah dia kdg2 cair dan saya tak suka bwg,,

        • bkn yg anda maksudkan adalah dekat dgn flat,yg ni kedai dia depan klinik kesihatan dkt simpang tiga,kehadapan sket dri kedai yg anda maksudkan,dan ya,nasi dalca bawang ni mmg sedap,bukak pkul 5 pkul 8 da ttup kedai

  2. Sangat sedap! Ada satu lagi kedai nasi dalca berdekatan dengan kedai dalca bawang ni, tapi saya lupa namanya..kalau makan ni, memang hancur segala diet!

  3. Pingback: Pak Yusuff Nasi Dalca | JuadahMalaysia.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: