Iqbal Sotong Kangkung & Makanan Laut

Masih lagi di Pulau Pinang. Walaupun dah banyak kali org Penang cakap harga makanan di Food Court Padang Kota Lama agak cekik darah, namun petang itu kami tetap berkunjung ke sini.

Bukan saje-saje nak buang duit, tapi kami teringin nak makan satay yg kami rasakan sedap dan memenuhi citarasa kami. Review nya pernah daku tulis di SINI. Namun kami berasa hampa krn gerai Satay Wak Ali masih tak buka. adoyai.. frust sungguh la asal datang aje, kedai dia tutup. Tak pasti pula gerai tu dah tutup terus atau hari yg kami datang itu mmng tak dibuka.

alang-alang dah jejak sini, maka daku try order sotong kangkung di Gerai Iqbal Makanan Laut. (tengok tu gerai satay wak ali kat sebelah Iqbal masih ditutup). Tahun lepas daku pernah makan & review gerai sotong kangkung di “Sharifah Makanan Laut“. Menu kat situ daku beri 3/5 bintang. Namun di Iqbal daku beri 3.5/5 bintang krn pencicah sotong kangkungnya sedap sikit berbanding kedai Sharifah.

sotong kangkung set medium di atas berharga RM10. Mahal kan? …. manakala pinggan sebelah tu kami order pasembor (tak ingat gerai nama apa).

suasana waktu petang di Padang Kota Lama. Banyak gerai masih belum dibuka masa ni samada diaorg cuti raya atau daku datang terlalu awal (jam 5.30pm masa ni).

Sebelum order lihat dulu senarai harganya. kot nanti menyesal tak sudah semasa nak buat pembayaran. pada daku memang harganya agak mahal buat penduduk tempatan. tapi bagi org luar, sekali-sekala mencuba, apa salahnya

pst : Anda ada pengalaman menjamu selera di Padang Kota Lama? Apa lagi makanan yg patut dicuba? Jom kongsikan dikotak komen di bawah supaya saya lebih bersemangat lagi melakukan aktiviti jalan-jalan singgah makan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

10 thoughts on “Iqbal Sotong Kangkung & Makanan Laut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: