Ayu Mee Udang di Teluk Kumbar

Selain gerai Salwa Mee Udang, sebuah lagi restoran mee udang terkenal di Pulau Pinang ialah Ayu Mee Udang. Lokasinya juga adalah di Teluk Kumbar. Selalunya kalau gerai Salwa Mee tutup, maka barulah kami akan melencong ke sini.

Depan-kedai-

Inilah Restoran Ayu Mee Udang. Di sekelilingnya adalah kawasan perumahan. Kedai ni senang sangat nak cari…. dari Balai Polis Teluk Kumbar (kiri), ada simpang masuk kanan jalan terus sikit, belok kiri…jalan terus lagi sampai jumpa sebuah rumah di sebelah kanan..hah itulah restoran ayu mee udang.

Terliur tak tengok gambar kat atas ni?… haha…Pada saya mee udang kat sini pun sedap juga..tak pedas dan tak terasa sangat kuah tomatonya tapi ada rasa sedikit manis mungkin dari jus udang yang berenang2 kat dalam kuah tu…. Namun mr suami tetap mengatakan mee udang salwa paling sedap bagi selera dia. mmm…tak kisah mana2 janji udangnya besar dan masih fresh. Semangkuk mee udang di atas berharga RM13 bersama 3 ekor udang yang bersaiz sederhana. Kalau nak spesial pun boleh juga tapi korang kena sediakan duit lebihan untuk membayarnya nanti.

Selain mee udang, korang patut cuba Nasi Goreng Udang. Nampak menarik kan gambar nasi di atas? Rasanya pun sedap secukup rasa kerana tak pedas dan sedikit manis berpunca dari 3 ekor udang sebagai perencah untuk nasi goreng ini. Harganya juga RM13.

Untuk minuman kami order sebotol air ECPI dikongsi 2 orang. Harga sebotol RM3.40. Patut la tak pernah beli air ni sebab ia mahal tapi saya pernah terbaca yang minuman ni banyak khasiatnya.

Ini pula suasana di dalam kedai. Memang cukup selesa, tersusun rapi dan tersangatlah BERSIH sehingga mendapat pengiktirafan pihak berkuasa tempatan. Nak makan pun makin berselera bila melihat persekitarannya yang bersih begini.

pst … kalu semua kedai-kedai makan bersih macam ni kan best :wink:

Masa nak membayar dikaunter, saya saje dok sembang dengan seorang wanita dalam gambar di atas. Sembang punya sembang, rupanya dialah pemilik nama AYU, anak kepada tokey Ayu Mee Udang, Zauyah Abu Hassan… heh…saya pun apalagi terus snap sekeping gambar beliau yang kebetulan berwajah ayu juga.

Untuk makluman anda kedai ni beroperasi pada jam 1pm – 11am setiap hari kecuali ditutup pada hari selasa. Selamat menjamu selera.

Ayu Mee Udang
936B, Lengkok Kg. Masjid Satu,
Teluk Kumbar, Pulau Pinang.

Telephone: 046493881
GPS Coordinates: N5 17.316 E100 13.699

pst : Anda ada pengalaman makan di sini ? Kalau tak keberatan, jom kongsikan supaya saya lebih bersemangat lagi untuk melaporkan tempat-tempat makan best di seluruh Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

7 thoughts on “Ayu Mee Udang di Teluk Kumbar

  1. pernah makan mee udang ayu ni memang sedap… kalau nasi ayam makteh suka nasi ayam di balik pulau.. nama kedai nya mie nasi ayam.. memang lain daripada nasi ayam yang selalu di makan di tempat lain. kedai ini terletak sebelah padang bola pekan kongsi.. tepi jalan utama ke pekan kongsi. harga memang murah sebab satu set kecil RM2.50 je. kalau special baru lebih harga.. memang best.

    • ayu mee udang antara yg patut dicuba orang apabila bkunjung ke Penang.

      Wah…murahnya set biasa mie nasi ayam tu. tak sabar pula nak gi balik pulau. anyway, tq makteh krn kongsikan lokasi tempat makan yg best ni….

  2. Pingback: Mee Udang Sungai Dua | JuadahMalaysia.com

  3. Dok tengah cari tempat makan kat penang nak bawa anak-anak jalan cuti sekolah. Konpius mana yg sedap salwa..ayu…salwa…ayu…salw…ayu. Tolong cadang mana yg best??

    • Kalu tnya saya, kami selalu pi makan salwa mee udang. Udang dia besar2 (barulah nikmat). Gerai tu bila order, baru lah kuah mee itu dibuat. cuma jgn tkejut krn harga sepinggan agak mahal.

      Kalu ayu ni pun ok juga. udangnya kecik sikit. kuahnya memang dah masak byk2, so cepat sampai kat meja mkn,. harga sepinggan dlm rm 13 je.

  4. mee udang ayu memang sedap…pertama kali mencarinya agak susah dan akhirnya kami sampai..setibanya disana kami terus mengorder…ketika membuat pembayaran terkejut juga sebab harganya rm13…rm13 tidaklah mahal tetapi tidak berbaloi dengan potion yang dihidangkan..meenya boleh dikira berapa helai sahaja ..udang memanglah besar..saya bugetkan lebih kurang rm10..kuahnya yang sikit tetapi sedap…net time cuba lain tempat pulak so diharapkan bos mee ayu mengubah potion mee dengan harga yang berpatutan…

  5. Iqa slalu g makan kat Ayu Mee Udang ni.. mmg sedap.. mmg slalu ‘recommend’ dekat family n member2.. mmg berbaloi ngan harga la… neway.. thanks sbb letak GPS coordinate. senang org cr..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: