Apa Yang Special Nasi Lemak Gelugor ..?

Dah lama tak pekena nasi lemak daun pisang !. Kali ni jom ikut saya makan nasi lemak ni yg terletak di Gelugor, Pulau Pinang.

Gerai berlokasi di Jalan Sultan Azlan Shah iaitu jalan utama yg cukup sibuk menuju ke pusat bandar.  Manakala 200m sebelum sampai gerai ni, di sebelah kanan korang akan perasan sebuah flat lama iaitu Flat Koperasi Sungai Gelugor. Bersebelahan gerai ni terdapat sebuah bengkel motor. Entah la, harap korang faham direction ni sebab saya tak reti sangat jalan2 kat Penang.

Apa yang special nasi lemak ni? mmm..mungkin kerana nama gerainya “Nasi Lemak Special” kot? hihi. Sebenarnya kalu tengok nasi lemak ni biasa2 saje lagipun ia dibungkus comel2.Tapi cuba korang nikmati sendiri nasi lemak tu. huh…meleleh…

tak banyak pilihan. hanya lauk bilis dan ikan jer

 

nasi lemak lauk ikan selayang goreng cili – pada  saya nasi lemaknya tak rasa terlalu lemak. Sambalnya pula sedikit manis dan tidak terlalu pedas.

nasi lemak lauk ikan bilis

Untuk makluman, di sini tak menjual lauk-lauk yang pelbagai, cuma ada dua pilihan lauk iaitu bilis+telur dan ikan+telur. Yang menariknya ikan yang digunakan di sini ialah ikan sardin kecil yang digoreng garing. Perrh… simple aje menu ini tapi sangat menyelerakan. Mungkin kerana sambalnya telah meresap ke dalam nasi lalu dibungkus dengan daun pisang menambahkan lagi aroma baunya.

Untuk makluman warung ini dibuka pada waktu petang. . Jadi korang jangan datang waktu pagi pulak sebab tokey kedai ni tak bangun tido lagi…hihi. Kedai ditutup apabila nasi lemak habis dijual biasanya lebih kurang jam 7.30 malam. Hari Jumaat hingga Ahad gerai ni tutup. Menurut tokey kedai, warung-warung lain disekitar Gelugor pun turut mengambil nasi lemaknya untuk dijual dikedai mereka pula. Sesiapa yang beli lebih dari 10 bungkus akan dapat diskaun. Saya dan Mr suami kalau singgah sini mesti beli lebih 10 bungkus. hehe.. jangan terkejut krn bukan kami santap semua. kadang2 beri pada budak2 hotel tempat kami menginap, kadang2 hibbahkan pada adik saya yang menuntut di Uitm Seberang perai. Kesimpulannya nasi lemak gelugor ni memang tak cukup kalau dimakan sebungkus.. so, faham-faham aje lah. Selamat Menjamu Selera.

 pst : Anda ada pengalaman makan di sini ? Atau anda ada cadangan lain? Jom kongsikan dikotak komen di bawah supaya saya lebih bersemangat lagi untuk melaporkan tempat-tempat makan best di seluruh Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: