Kuih yang saya suka buat

Asyik tengok saya makan-makan kat luar je kan.! Mesti korang ingat dapur rumah saya jarang berasap ya dak..? hehe.. betul la tu. Tapi sesekali ada juga saya bertungkus lumus di dapur. Jadi hari ni saya nak kongsi tentang aktiviti saya memasak pulak. Bukan masakan berat pun. Cuma buat kuih-muih yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Jom check it out kuih-kuih yang saya buat kali ni semuanya berasaskan UBI  :-

1. Kuih Bom @ Onde-onde

Saya panggil kuih ni kuih bom sebab masa nak menggoreng, dia sedikit meletup (mcm bom..tipu). Tapi mr suami panggil kuih onde-onde. Pada saya, onde2 ialah kuih yg berwarna hijau inti buah melaka. Entah la, xkisah apa nama pun…yang pasti kuih ni antara kuih yang saya selalu buat krn mr suami amat menggemari kuih yg bersalut bijan. Tambah2 lagi kalu adunan tepungnya lembut melekat (sbb dia guna tepung pulut).

Bila tau mr suami suka makan kuih bom, apa lagi saya bersungguh hati membuat kuih bom inti kacang merah. Senang je nak buat kuih ni. Itupun selepas menuntut ilmu di kedai2020.com. Nak tengok resepi dan cara membuat kuih bom versi saya? Klik SINI (dulu sya pernah kongsi resepi). Cuma kali ni saya buat 1/2 adunan saje.

untuk buat filling kacang merah, biasanya saya beli yg readymade. Senang beli yg dah siap ni. murah pun murah dan kerja kita pun jadi cepat siap. Filling ni sya beli kat Kedai Pandan.com. 1kg= RM4.90 je. Memang puas hati sebab fillingnya sedap. selain dijadikan inti kuih bom, boleh juga dijadikan inti kuih pau.

kuih bom@onde-onde sedia untuk dihidangkan.

2. Keria guna keledek oren

Kuih ni pula menjadi kegemaran saya kerana bahan utamanya menggunakan ubi. ia ada rasa manis2 gula di luarnya. Biasanya kalu buat sendiri, saya suka gunakan gula yg di blend halus. Berlainan kalau beli di kedai, gula tu dijadikan sira. Permukaan keria jadi lembab2 saya kurang gemar.

Saya tak de resepi tepat cara nak buat kuih keria. Semua bahan main agak2 jer. Kali ni saya gunakan ubi keledek warna oren. Nak guna keledek kuning pun xde masalah. Apa yg pasti keledek oren ni nampak lebih ceria warnanya.

  1. Keledek direbus sehingga lembut lebih kurang 15 minit. Angkat. Kemudian semasa masih  suam tu lenyek dia hingga hancur.
  2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. – yang ni kena agak2 sampai dia tak melekat pada tangan. Jangan tlebih tepung, nanti keras pulak. Masuk garam sikit.
  3. Buat bulat2 dan bahagikan dalam 30g setiap satu bahagian (ikut suka).
  4. Bentukkan adunan seperti rupa kuih donat -  ada lubang di tengahnya
  5. Goreng dlm minyak yg sederhana panas.
  6. Angkat dan tos. Kemudian golek2 dengan gula halus. Siap utk dihidangkan.

yummy..yummy… keria saya dah rupa donat :P

3. Karipap inti keledek

Karipap – Antara kuih yang paling mudah disediakan dan sedap untuk dimakan. Tak mustahil saya katakan yang satu Malaysia amat menggemari karipap sebagai hidangan sarapan pagi dan minum petang. Selalunya saya suka buat karipap inti ubi kentang tp gambar kat atas ni saya ambil masa gunakan ubi keledek. Satu lagi saya suka tambah isi daging/ayam banyak2. Baru la puas makan.

Biasanya saya buat karipap dalam kuantiti yang banyak. Kemudian saya frozenkan. Jadi bila nak makan tak perlu kelam-kabut menguli tepung bagai. just keluarkan dari fridge kemudian goreng. dah siap. Nak resepi ke…? Disebabkan saya pasti ramai org yg teror buat karipap maka sya tak berapa rajin nak taip resepi. Korang google aje lah ya hehe (dasar pemalas)  :mrgreen:

Tara…. siaplah karipap yg menjadi kegemaran kami sekeluarga. Ia ranggup di luar namun padat dengan inti di dalamnya. Kalau sya meniaga, pasti karipap ni saya jual sebiji 50c :wink:

info ubi kentang : Kandungan karbohidrat pada kentang mencapai sekitar 18 persen, protein 2,4 persen dan lemak 0,1 persen. Total energi yang diperoleh dari 100 gram kentang adalah sekitar 80 kkal.

info ubi keledek :  semakin merah / jingga sebiji ubi itu, maka makin tinggi kandungan beta karotenanya. Kandungan beta karotena, vitamin C dan E yang terdapat dalam ubi berfungsi sebagai antioksida dalam mencegah kita daripada radikal bebas, risiko diserang penyakit jantung dan kanser.

pst : kuih apa yang korang suka buat ?


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

5 thoughts on “Kuih yang saya suka buat

  1. Cik Juadah kita ni sbnrnya nama apa ek?? hehehe..cam pelik pgl cik juadah..hehe. Mak saya punya petua..bila wat kulit karipap tu..masak majerin dan juga minyak smpai mendidih pastu adunkan dengan tepung..nanti kulit tu akan jd rangup…kwn sy pernah mkn karipap mak saya buat..lepas tu dia try wat..smpai skrg dia meniaga maju..dah jadi tokey karipap…order nonstop bila time puasa..hehe..saya pernah try wat ..tp xjadi daaa..
    zila recently posted..BuBuR NaSi BuJaNg SeNaNg

    • he, juadah pun ok. Bagus juga petua nak bg karipap rangup ni zila. boleh dicuba. si kawan tu pun dah bjaya dgn bisnesnya. Macamner zila wat masih xjadi karipap tu ?…nmpknya kena menuntut lagi dgn mak lah jawabnya :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: