Karipap Pusing Rangup ala MasterChef Selebriti

Minggu lepas saya buat karipap pusing utk juadah minum petang. Ini gara-gara menonton MasterChef Selebriti beberapa hari sblmnya yg menjemput Dato Siti Nurhaliza sebagai juri jemputan. Episod minggu itu melalui segmen “Ujian Cipta Rasa” telah menobatkan kemenangan Dato’ Fazley ke atas sajian enaknya iaitu ‘karipap sardin pusing’ yg berjaya menambat hati Dato Siti.

karipap sardin pusing by Dato Fazli. Pandai jugak dia pusing2kan karipap ni eh :wink:

suatu ketika dulu mereka berdua hangat digosipkan bercinta. namun kini mereka bahagia bersama pasangan masing2 :-)

karipap pusing by JM

Pada pandangan saya nak buat karipap pusing ni agak leceh kerana kita perlu menyediakan dua doh utk membuatnya. Satu doh shortening dan satu doh shortening+air. Mungkin itu sebabnya saya lebih suka membuat karipap biasa.
Namun begitu, apa salahnya sya mencuba dan mengasah ilmu yg ada. Manalah tahu, kot2 panduan masakan yg sya tempek dlm blog ni boleh dijadikan rujukan utk anak cucu saya pula :lol:
Baiklah, mengikut sejarahnya dulu saya belajar buat karipap pusing nie dari Chef Rose. Masa tu Chef Rose rajin buat kelas di Bagus SB (kedai bahan bakery di Lembah Klang). Sambil jln2 beli barang di situ, sya register juga ke kelas masakan beliau. Tq Chef Rose atas ilmu yg dicurahkan! Dah lama sya pegi belajar dan dah pernah praktikkan ilmunya. Namun kali ni sya nak try sekali lagi buat karipap pusing gara2 rancangan Masterchef. Jom… ikut sya nk share cket ilmu yg sya dapat tue..
Ok..kita mulakan dengan bahan-bahan utk buat doh karipap pusing dulu ya…
Bahan A – Doh shortening
150gm tepung gandum dan 85gm shortening/lemak sayur
Bahan B – Doh shortening+air
200gm tepung gandum, 33gm shortening, 115gm air, sedikit garam dan perahan jus limau
Cara-cara membuat doh :-
1. Satukan semua bahan2 doh A sehingga menjadi seperti dlm gambar. Begitu juga satukan semua bahan doh B sehingga adunan menjadi tidak melekat.
2. Bahagikan bulat2 kecil  mcm gmbr ke 2. Jadikan doh B lebih besar berbanding doh A.
3. Masukkan doh A ke dalam doh B.
4. Doh A telahpun dimasukkan ke dalam doh B. Jadikan dia bulat2.
5. Kemudian doh yg bulat tadi dicanai menjadi leper memanjang.
6. Doh yg memanjnag tadi digulung seperti gambar 6.
7. Sekali lagi canaikan doh menjadi ia leper memanjang. Kemudian gulung lagi (gambar step ni lebih kurang gambar 6)
8. Potong gulungan td biar jd spti gambar 8. Biasanya boleh dpt 3-4 potong. Kalau nak karipap tu saiznya besar2, buat la 2-3 potong.
9. Bile dh potong, kita canai pulak (proses canai terakhir) nmpk x bentuk pusar kat karipap kita? itu maksudnya karipap pusing dah hampir jadi..  :wink:
10. Masukkan inti karipap. Kelim kemas2 (bahagian atas yg dicanai akan jadi kulit luar karipap).
yeah !!! dah siap 1…hehe…

berjaya buat 1 dulang…..pasni boleh la digoreng. Macam-macam saiz ada. Herot-petot bak kata Farouk Hussein. Tak kisah la, janji rupa dan rasanya ada!    Baiklah..ni satu tips masa nak goreng mestilah goreng dalam minyak penuh, mula2 api biar sederhana panas..jgn panas sgt, nnti kulit karipap jadi menggerutu dan pecah2. Bila dah lama sikit baru boleh kuatkan api.

Taraa…dah siap goreng..boleh la dimakan.

zoom dekat2 sikit…. nampak tak corak belang-belang tu ? haa… dia berpusing2 kan. Jangan korang pening sudah !  mmm rangupnyeee.  Selamat Mencuba …

hidangkan dgn secawan teh panas…

 inilah shortening/lemak sayuran yg sya gunakan utk resepi di atas. ia membuatkan resepi karipap pusing sya bertambah rangup, tahan lama dan kurang berminyak.

 

gambar sampingan: masakan saya utk hidangan makan tengahari sblm pekena karipap pusing. paling special tentulah sambal sardin (permintaan khas mr suami).Jemput makan.

JM : nampaknya rancangan masterchef telah membuatkan dapur ku lebih kerap berasap  hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

8 thoughts on “Karipap Pusing Rangup ala MasterChef Selebriti

  1. salam kenal D.Fazli ..saya tinggal di Jerman , saya sdh langsung coba bikin , tetepai tidak mau berlapis / flaky . bahan sdh sama berpusing , tp waktu digoreng , pusing2 nya tidak keliatan , jadi licin saja .mau tanya salah dimana ya . saya sdh berhati2 waktu menekan nya . terima kasih buat Tip nya .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: