Warung tanpa nama berhampiran Jeti Kuala Kedah

Satu lagi warung tanpa nama yang terdapat di negeri Kedah yang berlokasi di Kuala Kedah. Ia menghidangkan aneka 20 jenis lauk-pauk yang siap dimasak termasuk ikan bakar. Juadahnya sangat dekat dihati terutama orang melayu kita kerana ia menumpukan citarasa masakan kampung.

Lokasi warung ni memang betul2 dekat dengan simpang ke Jeti Kuala Kedah. Setiap kali mahu menaiki feri menuju ke Langkawi, kami sesekali mengisi perut diwaktu tengahari dengan menjamu selera di sini. Ada banyak gerai-gerai makan kecil yang terdapat di kawasan jeti. Namun ‘warung tanpa nama’ ini juga yg menarik perhatian kami.

Inilah pemandangan hadapan warung tanpa nama (lihat anak panah). Memang sungguh old fashion. Di sebelahnya  terdapat gerai menjual laksa (xpernah try lagi). Kedua-dua tokey warung ni adalah anak-beranak mereka juga.  Warung memang tak gah mana. Tapi cuba tengok lauk2 yang disajikan iaitu:-

ada pelbagai jenis ikan goreng, ayam goreng, gulai ikan, sambal ikan, udang sambal dan pelbagai lagi.

Ini pula antara menu yang kami pernah order :-

sudah semestinya lauk kegemaran mr suami iaitu gulai kari ikan. Tukang masak ni memang pandai masak kari. Sebab itulah gulainya berasa sedap. ikan pun fresh :wink:

ikan goreng yang dikelar

udang masak sambal – rasanya masam manis, sedap juga.

Daging bakar – Perapan rempah pada dagingnya secukup rasa. Selain itu, kami juga wajib order ulaman bersama sambal belacan tapi lupa pulak nak ambik gambo.

Alhamdulilah makanan di sini menepati citarasa kami. Walaupun suasana warungnya sedikit panas namun masakannya sedap selain ada pelbagai jenis lauk. Tapi jika anda datang pada jam 2pm ke atas, gulai2 dah tinggal serdak. Dari segi harga, pada saya ia sangat berpatutan lagipun pelanggan2 ada  juga terdiri dari para nelayan yang tinggal di kawasan setempat.

Kat atas ni peta yang saya lukis untuk memudahkan anda mencari ‘warung tanpa nama’ tersebut. Lihat anak panah merah. Ia memang betul-betul dekat dengan jeti Kuala Kedah.

pst : anda ada pengalaman menjamu selera di sini? Jom kongsikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: