Sawadikap…Jom jalan-jalan cari makan!.. Kali ni saya nak bawa korang semua menikmati juadah dari negara jiran kita iaitu Thailand tetapi lokasi restorannya terdapat di Langkawi, Kedah. Restoran ini memang cukup popular di Langkawi dan agak eksklusif setaraf dengan harga menu yang sedikit mahal, namun masakan ala siamnya sangat enak disamping mutu kebersihan kedai yang dijamin bersih termasuk tandas dan suraunya. Memang seronok bila mai sini selain faktor2 yang saya sebut di atas, pelanggan yang datang akan dilayan secepat mungkin oleh para pelayan wanita siam yang comei-comei belaka. Pakaian mereka semuanya seragam dan menutup aurat pula. Sejuk mata sesiapa yang memandang
Restoran Wan Thai terletak di Pekan Kuah
Menurut cerita orang, Tuanku Sultan Kedah dan Tun Dr. Mahathir pun suka menikmati juadah-juadah yang disediakan di sini. Lihatlah gambar pemilik kedai dengan tokoh2 terkenal Malaysia di bawah ini !
Restoran ini memang sesuai untuk meraikan tetamu-tetamu istimewa dan jamuan makan malam besar. Nak tengok menu apa yang delicious di sini? Jom check it out :-
Tom Yam Seafood adalah hidangan yang wajib kami order
Ranggupnya kerabu mangga muda.
Lembutnya isi ikan. Dimasak stim, sungguh membangkitkan selera.
ikan apa ni?…lupa pulak. dimasak 3 rasa. ada masam, manis, pedas.
ayam yang dibungkus dengan daun pandan, mmm..harumnyee bau dia
daging masak merah. tak pedas sangat
telur bungkus
Tak ingat nama siam untuk hidangan sotong ini
satu lagi menu istimewa.. Ketam lembut goreng. Ketam yang ditangkap sebaik saja bersalin kulit ni dimakan rangup bersama kulit-kulitnya sekali. krup..krup..saiznya kecil, mudah utk ngap ke mulut
nasi saiz panjang yang berbau harum. mungkin mereka menggunakan beras siam wangi. ada secubit nasi perang di atasnya
untuk pencuci mulut, kami dihidangkan dengan jeli kelapa yang comel-comel. mak aih… rasanya cukup manis. tak sanggup nak telan banyak2
lompang pandan ni sedap. terasa lemak apabila ditabur sedikit kelapa parut
Alhamdulillah. Berselera sungguh kami makan. Apa2pun, kami memang cukup puas hati setiap kali dapat menjamu selera di Wan Thai disamping meraikan teman-teman yang berkunjung ke Langkawi. Hidangan di atas ni kami makan untuk seramai 7 orang termasuk minuman dan buah-buahan yang berharga RM245 kesemuanya. Pada saya, walaupun harganya mahal tetapi itu sudah cukup berbaloi dengan menu yang penuh satu meja disamping hidangan yang sedap tanpa perlu menunggu lama walaupun kami datang waktu tengahari yang kebiasaannya ramai pelanggan ketika itu. Untuk makluman korang, memang banyak restoran ala siam di Langkawi tetapi pada saya korang patut kunjungi Wan Thai untuk merasai keunikkan masakan ala Thai yang lebih sumptous di sini. Selamat menjamu selera.
lihat anak panah merah iaitu lokasi Wan Thai Restoran. klik map utk hasil gambar yg lebih jelas.
Lokasi: Persiaran Bunga Raya, Langkawi Mall, Kuah
Koordinat: N6.3270125 E99.8419851 Opening Hours:11.00 am to 3.30pm & 6.00pm to 10.30 pm
pst : Anda ada pengalaman makan di sini ? Atau anda ada cadangan lain? Jom kongsikan supaya saya lebih bersemangat lagi untuk melaporkan tempat-tempat makan best di seluruh Malaysia.
















Isk2.. sedapnya. Rajin akak berjalan kan
hehe..kebetulan ada kerja di langkawi. Kawan2 pun ramai. Tu yang syok makan2 ni
Di Langkawi ni.. Wan Thai juga antara menjadi kegemaran badan2 kerajaan dan swasta utk meraikan jamuan di situ ..
terima kasih kerana melawat blog saya .
Restoran ni bersih dan luas. Makanan pun boleh tahan.. Selalunya kalu nak meraikan tetamu memang sesuai bawa ke sini
Pingback: Miang Khum…Appertizer Unik dari Thailand | MyMekar.com
Makanan memang sedap, servis bagus, harga jauh lebih murah drp di KL. Cuma ada satu malam tu saya sampai pukul 9.30PM, pelayan tu kata dah nak tutup, frust giler!!!! So sesiapa yg nak pergi malam, make sure sampai sebelum pukul 9PM.
Betul Ezio. Sedap dan harga bpatutan dgn masakannya. hehe..sya pun penah pi lagi setengah jam nak tutup tp mereka dah tak nak terima order lg. huhu..nampaknya kena cari restoran lain.
kena pi cari ni… nampak macam sedap aja
Bukan setakat “nampak” sedap, tp rasanya pun superb
Terbaeeek lah blog nih. Baru sampai langkawi dan senarai port makanan disini mantap!
terima kasih riz. Semoga percutian kali ni mjadi satu kenangan yg indah dlm hidup anda.
Memang makanan d situ kaw-kaw, cuba try thai green curry
cost untuk 15 dewasa dan 8 kanak-kanak makan malam.