The Loaf – Kedai Roti Tun Mahathir

Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup nyaman menyapa wajahku di suatu pagi. Minggu itu saya dan mr suami berada di sebuah Pulau Tercantik di Malaysia. Di mana lagi kalau bukan di Pulau Langkawi. Mesti anda ingat kami berbulan madu atau bercuti kan kalau sebut Langkawi ?  :-)  oooppss… silap ya, kami bukan setakat seronok2 saje datang sini tapi sebenarnya saya mengikut mr suami mencari rezeki. Boleh dikatakan Pulau Langkawi sudah menjadi rumah ke-dua kami.

Pagi itu mr suami ada perbincangan kerja dengan rakan arkiteknya iaitu Kak Wan dan suaminya En. Nun. Saya juga tidak ketinggalan turut serta utk menyibuk dalam perbincangan ini. Perbincangan yang dilakukan di waktu pagi membolehkan kami sama-sama menikmati breakfast di sebuah Bistro yang menghidangkan pelbagai jenis roti iaitu di The Loaf. Dah beberapa kali juga kami singgah makan kat sini. Memang best. Apa yang best itu ? Jom ikuti cerita kami jalan-jalan cari makan kali ni.

Latar Belakang The Loaf

Di Pulau Langkawi, Bistro ini terletak di Perdana Quay, Telaga Harbour Park  iaitu berhadapan dengan laut yang menjadi tempat kapal-kapal mewah berlabuh.  Langkawi merupakan cawangan pertama The Loaf di Malaysia yang mula beroperasi pada Julai 2006.  The Loaf diilhamkan dan dimiliki oleh mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad bersama rakan kongsi beliau dari Jepun iaitu Jiro Suzuki.

Keunikkan utama the loaf tertumpu pada konsep membuat roti & pastri iaitu melalui pembuatan secara tradisional dari negara Jepun. Selain itu, produk-produk yang ditawarkan oleh bistro ini disediakan oleh tukang masak handalan yang bertaraf master chef dengan menggunakan produk kualiti premium yang kebanyakan diimport dari Jepun untuk menjamin keaslian dan kualitinya. Pembuat rotinya diketuai oleh pemenang anugerah ketua chef, Yukichi Matsubara semestinya chef dari Jepun.

Dengan persekitaran yang menyerlahkan aura Mediterranean, kebanyakan pelanggan awal di The Loaf Langkawi merupakan pelancong asing. Tetapi sekarang saya lihat pengunjung tempatan juga ramai memenuhi ruang bistro ini.

the loaf berhadapan dengan tempat berlabuhnya kapal-kapal mewah

menghirup udara segar di waktu pagi sambil mencuci mata melihat pemandangan menarik disekitarnya

 Antara menu yang kami order pada hari itu :-

Seperti biasa menu kegemaran kami adalah set Tun’s favourite. Ia merupakan hidangan sarapan yang digemari Tun M – dua keping roti yang dicicah bersama kari ayam, kambing atau daging (pilih yg mana hangpa suka).

Juga telur rebus separuh masak termasuk dengan secawan teh/kopi panas & jus oren. Harga set ini ialah RM 20 ++

yummy..yummy… lihatlah roti itu testurnya sangat gebu dan lembut. dicicah pula dengan kuah kari yang marbelous !

roti / pastri ni kami order juga untuk merasai keenakkannya

jus oren sangat bagus diminum di waktu pagi

susun atur bahagian dalam The Loaf Langkawi yang sangat menarik dan sejuk mata memandang

Ini lah antara roti2, pastri2, & savuri premium yang ada di jual di sini. Tidak dinafikan, roti di sini memang “fresh” kerana pembuatanya adalah setiap hari.

Walaupun harga yang ditawarkan agak mahal berbanding jenama roti lain yang ada, tetapi keenakkan rotinya membuatkan kami sanggup pejam mata untuk membayar ongkosnya hehe.. Untuk maklumat peminat-peminat roti, harga bagi sebiji roti bersaiz kecil di sini bermula pada harga RM 2.50 ++ dan tidak termasuk tax lagi ya :cry:

Setiap kali mahu membuat pembayaran, saya akan keluarkan kad ahli ini (dan mr suami mengeluarkan DUITnya hehe). Setelah menjadi ahli, memang banyak keistimewaan yang bakal kita perolehi. Antaranya kita akan menikmati diskaun sebanyak 10% ke atas setiap hidangan yang dinikmati   8)

Tidak dinafikan dengan penggunaan ramuan-ramuan premium semula jadi dan tanpa sebarang bahan awet mahupun kimia, adalah tidak menghairankan harga produk yang ditawarkan di The Loaf lebih tinggi berbanding kedai roti biasa. Cubalah. Anda pasti berpuas hati.

Selain di Pulau Langkawi, The Loaf juga kini dibuka di Pavilion, Bangsar Village, Subang Empire Gallery dan IOI Puchong.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.theloaf.net

pst:  Anda ada pengalaman menarik sepanjang makan-makan di sini. jom kongsikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

5 thoughts on “The Loaf – Kedai Roti Tun Mahathir

  1. Pingback: Happy Birthday JuadahMalaysia.com | JuadahMalaysia.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: