Assalammualaikum… Ini cerita sekitar tahun lepas. Baru harini nak masukkan dalam blog..huhu..nasib baik belek2 kamera dslr i tuh. Kalau tak, jadi pekasam la gambar makanan ni semua.
Baiklah. Kali ni saya bawa korang pi makan kat sebuah hotel yang terletak di Telaga Harbour. Wow…makan kat hotel U..! The Danna Hotel Langkawi merupakan sebuah hotel bertaraf 5 bintang yang baru dibuka di Pulau Langkawi. Lokasinya terletak di Telaga Harbour Park Pantai Kok, iaitu tempat kapal-kapal mewah berlabuh. Hotel ini dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (sila berbangga dengan kejayaan beliau ni ya kawan2).
The Planter’s – dinning area yang cantik dan nampak eksklusif – lokasi kami santap
Memandangkan ia baru dibuka tahun lepas, maka kami pun tak melepaskan peluang untuk meninjau-ninjau keunikkan hotel tersebut. Untuk pengetahuan korang, rate bilik di sini yang paling murah pun sekitar RM800, maka kami ke situ hanya layak untuk menjamu mata sambil lunch bersama teman-teman
merchent room- bestnya dapat berbulan madu di sini
aduh..aduh… nyamannya suasana bilik ni. Confirm susah nak bangun solat subuh nih
OK..Okey… stop tengok gambar bilik !
Jom cuci mata…. tengoklah hidangan di bawah yang menyelerakan ini:-
Ini merupakan set nasi ayam yang serba lengkap, ada sup, kicap, sos, halia dan sudah semestinya ayam. Presentation memang terbaik tapi dari segi rasa ia tidak menepati citarasa saya, bukan kerana tak sedap cuma rasanya tidak ‘kick’ seperti Tat Nasi Ayam di Alor Setar tu..hehe
Jus Epal yang masam manis pastinya menyegarkan tekak saya – minuman yang bagus untuk berdiet
Sebenarnya saya cuma sempat ambik gambar makanan untuk hidangan saya saje. Manakala juadah yang lain-lain saya tak berkesempatan merakamkannya kerana mereka yang lain2 sibuk berbincang sambil menjamu selera dengan rakusnya
pst : gambar2 bilik di atas saya copy dari laman web thedanna.com
sangat memikat anak tekak ni..dapnyer…aishh..terliur tengok air tu
errah recently posted..Roti Bakar dan Kopi Kaw Kaw…!!!
The Danna memang cantik! Next time kalau rasa nak tinggal kat situ cuba tengok tengok hotel Langkawi dekat agoda, diskaun memang meletops kadang2 bilik 800 diskaun sampai 200 je tau.
Selalu juga nampak web agoda tu. tapi tak pernah cuba booking situ. Tq RUM krn beritahu perkara ini