Sarapan Nasi Kandar di Atta Shooru, Padang Mat Sirat

Selamat Tahun BARU 2012 kepada semua pembaca blog JuadahMalaysia.com

Bagi sesetengah orang yang tidak biasa menjamah hidangan ‘berat’ pada waktu pagi, kemungkinan mereka berasa pelik dengan sarapan yang lengkap pelbagai lauk seperti set Nasi Kandar. Namun bagi penduduk di Langkawi, sarapan pagi dengan menjamah nasi bersama pelbagai lauk (seperti juadah makan tengahari), adalah perkara biasa di sini.

Baiklah, hari ni saya nak bawa anda mencuba satu gerai untuk makan pagi yang simple tetapi saya pasti ia tidak mengecewakan anda. Warung bernama Atta Shooru terletak beberapa meter sahaja dari Lapangan Terbang AntaraBangsa Langkawi di Padang Mat Sirat.

Inilah Atta Shooru Restoran yang saya maksudkan. Warungnya cukup simple tetapi banyak lauk-lauk dihidang untuk dimakan bersama nasi kandarnya. Ia bukan nasi kandar mamak tetapi masakan orang melayu sepenuhnya. Dibuka pada waktu pagi sekitar jam 6.30 dan berakhir kira-kira jam 10 pagi. Manakala sessi ke-dua dibuka pada jam 5 petang sehingga malam. Untuk makluman, kedai ditutup pada hari Ahad.

Yang paling kami suka apabila makan di sini tentunya ketika menikmati Nasi KANDAR itu sendiri. Tak perlu letak lauk lagi … tapi cuba korang rasa secubit nasinya….mmm baunya sungguh harumm dan sedap pula.

Disebabkan nasinya sedap maka apabila diletakkan lauk-lauk yang pelbagai seperti di atas maka kesedapannya semakin bertambah.

Ini  menu yang saya suka order seperti daging masak kicap, sayur dan udang masak kuning.

Mr suami pula suka campurkan pelbagai gulai, daging kicap, sayur dan udang. Err.. penuh pinggan kan? Kongsi dengan sya juga ni…… Kata mr suami untuk lagi sedap, seeloknya biarkan kuah-kuah meresap dan sebati dengan nasi. yummy..yummy..

minuman pula sirap limau dan tea o limau

Jika korang terasa muak untuk menikmati nasi kandar di waktu pagi, maka korang boleh order roti canai dan roti arab yang ada disediakan di sini. Dari segi harga juga korang tak perlu risau kerana makanannya tersangatlah murah. Biasanya kami makan berdua dengan pelbagai lauk penuh dipinggan termasuk minuman, semuanya lingkungan harga RM 13. Murah kan ! Jadi apa tunggu lagi. Ayuh kita mengisi perut sampai buncit di sini :lol:

Korang tak tau kat mana tempat makan ni? Baiklah… ni peta saya lukis untuk memudahkan korang mencari Atta Shooru restoran. Lihat anak panah merah. Kedudukannya ditepi jalan besar dan berhampiran airport Langkawi. Confirm korang tak sesat :-)

pst : Anda ada pengalaman menjamu selera di sini? Atau anda ada cadangan tempat makan best di Pulau Langkawi ? Jom kongsikan bersama-sama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

11 thoughts on “Sarapan Nasi Kandar di Atta Shooru, Padang Mat Sirat

  1. Alhamdulillah, akhirnya jumpa jugak site yg bagi sekali peta dan direction utk ke destinasi yg diceritakan setelah berjam2 browsing!!! Terima kaseh banyak2. Saya bercadang nak ke Langkawi bulan 2 ni. Harap2 utk tempat makan yg seterusnya, disediakan alamat, peta dan direction, lagi bagus kalau ada kordinat GPS. Teruskan usha murni anda!!!

    • Terima kasih Ezio krn memberi sokongan kpd blog ini. InsyaAllah sya akan kongsikan tempat2 makan yg best serta panduan lengkap utk ke sesuatu tempat t’sebut.
      Selamat bercuti ke Langkawi. Ada beberapa lokasi makan menarik di langkawi yg tdapat dlm blog ini. Jemput singgah sini lagi ya :-)

  2. Alhamdulillah, saya selamat tiba di Langkawi dan selamat pulang ke rumah. Cuaca amat baik, cuma satu hari je yg hujan drp tengahari ke malam. Setiap hari kami bersarapan di Atta Shooru kecuali hari Sabtu sebab tutup. Memang sedap lauk-lauknya, tak dapat nak dinafikan, kari ikanya sedap giler!!! Saya juga hendak mencadangkan roti canainya yang lembut giler!!! Tak pernah jumpa roti selembut ni kat KL. Makan dengan kari ikan, fuhhh, tak dapat di bayangkan dgn kata2. Terima kaseh kepada JuadahMalaysia.com kerana cadangan anda, terbaiiiiiik!!!!

    • Alhamdulilah semoga pcutian ke Langkawi mjadi kenangan yg indah dlm hidup Ezio. Oh..tiap2 hari makan kat atta shooru? ni mesti penggemar kari kan..hehe.. Memang benar lauk2nya simple tp sedap. Roti canai pun best tapi kami lebih suka hidangan ‘nasi’ nya. Tq juga kpd ezio atas maklumbalas ini :D

  3. Greetings juadah juadah I loved your informative article on Sarapan Nasi Kandar di Atta Shooru, Padang Mat Sirat. Excellent post, thanks so much for sharing. Do you happen to have an RSS feed I can subscribe to?
    Flor recently posted..Social Phobia Treatment

  4. Terima kasih kerana membuat artikel tentang kampung halamat saya.Atta shooro memang terbaik,rumah saya sebelah 2 je..ada skit dalam pic…brovo2 this web..keep it up

    • oo..kat sebelah tu rumahnya ya. Ada juga perasan kalu snggah Atta shooru. bersih & tersusun je pokok2 hiasannya. Happening tempat ni waktu pagi2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: