Siapa dok Alor Setar tentu tahu tentang kewujudan Restoran Tat Nasi Ayam. Ia memang popular di negeri utara semenanjung. Memandangkan saya suka makan ayam jadi tat nasi ayam di sini memang tidak mengecewakan. Kalau tak makan kat kedai, kami akan bungkus dan makan di bilik hotel. mmm…memang tak lena tidur saya kalau tak pekena tat nasi ayam ni kalau turun ke Bandar Alor Setar
Inilah Restoran TAT NASI AYAM di Taman Pandan, Alor Setar…. Memang favorite saya sampai mr suami terpaksa mengalah dengan selera saya yang satu nih… Lokasinya dekat Jalan Lebuhraya Sultanah Bahiyah (dari Tol Alor Setar Utara nak ke Shahab Perdana). Sila google untuk direction yang lebih terperinci kerana saya kurang arif kat kawasan sini. Senang je nak jumpa bila dah nak sampai kerana ia terletak di deretan rumah kedai…cari di bahagian corner lot. Nampak orang ramai-ramai, ha…. itulah Restoran Tat Nasi Ayam. Malam tu masa kami datang, punya la ramai pelanggan yang menjamu selera di sini.
Apa yang special sangat tentang Nasi Ayam ni ??….. Nasi dia kuning sikit (macam pulut kuning tp xmelekat). Butiran nasinya kembang cantik apabila dihidangkan. Rasa nasi juga seimbang, sedap dan tak muak. Sup juga secukup rasa.

Tu diaaa ….. Kami order setengah ekor ayam utk dimakan dengan 2 pinggan nasi (sebenarnya mr suami perli saya sebab asyik dok sebut tat nasi ayam sepanjang perjalanan ke Alor Setar tadi..hehe)…
Apa pula yang special pada ayam nih? Kalau Hainan Style, ayamnya akan dikukus dahulu supaya ayam tu lembut, tetapi kalau di sini, ayamnya terus goreng sampai garing. mmmm…ala-ala nasi ayam orang melayu… itu yang saya suka tuh. Sos cili pula pedas manis …
Teh o ais limau pun sedap sebab dia pakai teh wangi..
kat sebelah restoran ada warung jual satay dan burger – tapi satay tu tak sedap sangat. burger pulak tak penah cuba lagi.
Selain di Alor Star, rupanya Tat Nasi Ayam ada membuka beberapa cawangan antaranya di Permatang Pauh, Kulim, Sungai Petani dan Arau.
Kesimpulannya makan-makan kat sini memang tak mengecewakan. Suasana di waktu malam juga sangatlah happening ala-ala bukit bintang kat KL tuh
Selamat Menjamu Selera !
pst : Anda ada pengalaman makan di sini ? Atau anda ada cadangan lain? Jom kongsikan supaya saya lebih bersemangat lagi untuk melaporkan tempat-tempat makan best di seluruh Malaysia.

ada laman web untuk tat nasi ayam tak?
Laman web tat nasi ayam tak pernah jumpa pula…
Pembaca2 yg lain boleh kasi info jika tahu…
ni link facebook utk tat nasi ayam..TAT NASI AYAM ALOR SETAR SDN BHD..join le
saya ada buat temuramah ngan manajer kat sini…
ok jer layanan mereka
best punyer nasi ayam
Ada minta resepi nasi ayam sedap tak cik zuuhey
Sya pun suka nasi ayam style gini
saya pernah keja kat sini dan akan bekerja balik bulan 4 ini
Alhamdulilah. Kerja bagus2 amirul. Layan customer dan hormati majikan. InsyaAllah semua sukses
Kalau order ayam SEPARUH tu memang sedap la nak ratah kan…..
hehe… orang tamak selalunya macam tu ler
Nasib baik sedap !
mak teh pernah juga makan kt tat nasi ayam di sungai petani.. sedap juga. dulu ada cawangan nya di jitra tp dah bertukar jd “Wan nasi ayam”.. rasa nasi ayamnya hampir sama. satu lagi “Bab nasi ayam” di teluk kumbar juga rasa serupa.. kenapa ye.. mungkin tauke yg sama.. signboard juga serupa. mk teh memang suka makan nasi setakat ini “mie nasi ayam” di balik pulau masih no 1 di lidah mak teh dan anak anak.
Wan nasi ayam ? kalu ada ke Jitra, mesti nak pegi cuba.
Mie nasi ayam? ini yg membuatkan sya terliur ni mak teh. sya memang suka nasi ayam. bila la agaknya nak singgah balik pulau nih
Pingback: Sembang Hal Kerja di The Danna, Langkawi | JuadahMalaysia.com
Pingback: Lagi Tat Nasi Ayam | JuadahMalaysia.com