Ikan Bakar Nasi Campur

Teringin nak makan ikan bakar di Langkawi ?

Selain menikmati nasi beraneka lauk di  ”Jom Ikan Bakar” yg famous amos di Padang MatSirat, ada satu lagi gerai yg korang boleh cuba utk makan tengahari yg berlaukkan masakan kampung dan seafood bakar. Gerai ini berlokasi di simpang 3 trafic light menuju ke Pantai Kok dan Teluk Burau.

mengadap trafic light je gerai ni. (betul2 bawah pokok besar tu). di sebelahnya ada kedai menjual minyak gamat

gerai di tepi jalan. mudah nak jumpa !

org tak berapa ramai lagi pd jam 12tghari. kali ni daku tapau nasi+lauk utk makan2 di rumah.

 antara juadah yg dijual tentulah ikan bakar. sotong bakar pun ada juga.

aneka lauk berkuah. ada kira2 30 jenis lauk-pauk yg terhidang di sini. (namun lauk pauknya masih tak dpt menandingi kesedapan juadah di “Jom Ikan Bakar“).

ulam-ulaman.

Inilah menu yg daku ambil. sotong bakar & ikan kembung bakar. pastu letak sikit kerabu dan ulam2.

mr suami tak berapa gemar ikan bakar jadi daku ambilkan ikan goreng, daging cincang dan 2 ekor udang masak merah utk beliau. (cuma komen mr suami ttng daging cicang tu agak keras & liat)  :oops:

 mr suami juga tak suka kalau nasinya agak kering. Jadi daku belikan kuah berasingan utk beliau. Seperti biasa (krn dah tau selera beliau) daku akan belikan gulai kari ikan berasingan. Untuk keseluruhan juadah di atas, daku telah membayar sebanyak RM 19.50. Mahal ker ? Nampak macam mahal utk hidangan nasi bungkus spti ini. Namun bila tgk lauk2 yg di ambil agak banyak, daku rasa harganya boleh diterima akal.

Apa lagi kawan2, kalau buntu tak tau nak makan tengahari di mana, jom la makan di sini pula. Selamat Menjamu Selera.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

2 thoughts on “Ikan Bakar Nasi Campur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: