Dataran Ikan Bakar – Sg Petani

Kalau anda berkesempatan singgah di Sungai Petani Kedah, apakata cuba singgah kat satu restoran yang menyajikan ikan bakar dan lain-lain makanan laut di Dataran Ikan Bakar. Restoran ini bersebelahan dengan sebatang sungai yang dikenali dengan nama Sungai Petani  dan berhadapan dengan supermarket Billion. Kalau pegi hari siang memang tak lalu makan jika terpandangkan sungai itu kerana warnanya yang sungguh menusuk jiwa. haha…Tapi kalau makan malam memang tak nampak sungai sebab gelap. huhu

macamana boleh tersesat motor kapcai dalam gambo ini !

Asalnya boleh sampai kat tempat makan ini setelah diperkenalkan oleh sahabat mr suami iaitu mr Sobri. Kebetulan kami kerap ke Sungai Petani atas urusan kerja mr suami. Sejak dari itu beberapa kali juga kami makan kat sini samada dengan kawan-kawan atau berdua saja.

Salah satu perkara yang menjadi tarikan saya dan suami suka singgah ke sini selain menikmati ikan bakar tentulah kerana suasana makan malam di restoran itu sangat selesa dan berkonsepkan makan dalam taman. Pernah juga kaki saya digigit nyamuk ketika sedang asyik makan. huhu (maklum la nak sangat makan dalam taman ni :twisted:

antara ikan-ikan segar yang terdapat di sini !

sudut ulam-ulaman segar. ambil sendiri ulam mana yang anda hajati

 

Bila “candle light dinner”  berdua dengan mr suami barulah saya berpeluang menjalankan misi tangkap gambar makanan. Kalau ada kawan-kawan join sama mestilah saya control ayu hehe. Tanpa membuang masa, jom tengok apa yang kami order dan makan-makan pada suatu hari itu :-

wajib la order ikan bakar. tak pasti ikan jenis apa ini. tapi memang sungguh menyentap selera. mungkin pada sambal yang menyaluti ikan itu.

 

ikan pari pun sedap juga. saya kurang gemar tapi mr suami sangat menggemarinya

 

ayam bakar permintaan saya. perrh… tak tau nak kata

 

daging harimau menangis yang dibakar. lembutnyeee daging ni

 

kruk..kruk….udang goreng penambat selera kami

 

sayur kailan ikan masin yang menyengat

 

sup tulang yang powerr… supaya nasi kami kebasahan. kang tercekik pulak kalu semua hidangan kering kontang

 

mesti makan ulam untuk awet muda.. huhu

 

tuudiaaaaa…banyaknyee…

 

jus watermelon saya punya. mr suami order air suam jer x de gambarnya

 

Terkejut ke kami order makanan banyak macam ni. Padahal makan dua orang jer. hhee. Kalau nak tahu, time ini jam 6.30 petang. Kami tak sempat lunch lagi. Makanya ini adalah makan tengahari kami sekaligus makan malam juga. Sekali harung. Senang cerita.

Kesimpulannya memanglah sedap makan di sini. Buktinya, setiap kali kami menjamu selera, maka berpusu-pusu penduduk Sungai Petani datang makan di sini. Sentiasa penuh tambah lagi pada hari jumaat dan sabtu (hari cuti di negeri Kedah). Kiranya restoran ni antara yang TERPOPULAR  di Sungai Petani. Harganya juga sangatlah berpatutan.

pst 1: Rupanya Dataran Ikan Bakar mempunyai sebuah lagi cawangannya iaitu di Permatang Pauh. Setakat hari ni, saya belum pernah makan di cawangan Permatang Pauh lagi. Kalau dah pergi nanti saya coret lagi kat blog ini.

pst 2:  Anda ada pengalaman menarik sepanjang makan-makan di sini. jom kongsikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: