Cawangan ke- 2 Restoran Sambal Hijau

Assalammualaikum..

Dua tiga tahun lepas, saya pernah menikmati juadah yang disediakan di Restoran Sambal Hijau yang terletak di Kg Sungai Penchala (bersebelahan Masjid Jamek Sg Penchala @ Masjid Kuning). Itu pun gara-gara tengok Maria Tunku Sabri berselera makan dalam rancangan JJCM (TV3). Tak sangka beberapa bulan ni baru perasan mereka ada buka satu lagi cawangan. Kali ni lokasi nya di Pelangi Damansara.

Cawangan baru Sambal Hijau terletak bersebelahan bangunan Houz Depot. Alamatnya di
Lot 3,Plaza Pelangi Astana, PJU 6, Persiaran Surian, 47800,Petaling Jaya.
LOKASI :- menghala ke Kota Damansara selepas Ikea terletak di sebelah kiri jalan. ada jejantas warna biru berhadapan restoran.

Apa yang istimewanya di sini ? Haa…. tentulah sambal hijaunya. memang meletop u ! Tapi saya paling suka sambal tempoyak tu…

masa saya pegi baru2 ni, lauk dah banyak habis. maklum la pegi lunch tp dah nak dekat jam 4 petang.

antara lauk-lauk yang ada…..

kalau tengok bekas2 lauk kosong, memang sepatutnya ada banyak lagi pilihan lauk. tapi kalu dah datang petang macam ni, kami ambik aje la apa yang ada. Kebanyakkan lauk-lauknya lebih kepada citarasa masakan minang ( ada sikit persamaan dgn masakan di Restoran Sari Ratu)

ini aje yang saya ambil – saya suka gulai tempoyak tapi dah habis

yang ni mr suami punye…. saya ambik sikit lauk dia :wink:

minum air kelapa pandan thai (RM 5.50). tapi tak berapa sedap – masam !  :(

ada jual kerepek-kerepek dan kuih raya. (terasa Hari Raya dah nak dekat)

di kaunter bayaran pula ada jual aneka bubur & kuih muih. harga dlm lingkungan RM 2 sebekas

Ini pula pemandangan dalam kedai – bersih dan cantik. Masa ni tak ramai orang sebab dah petang

Macamana nak sampai sini ? …Meh tengok peta :-

Sambal Hijau betul-betul sebelah kanan Houz Depot

Pendapat saya tentang makanan kat Sambal Hijau :- Sebenarnya saya lebih syok dan santai menikmati hidangan yang tersedia di Restoran Sambal Hijau cawangan asalnya di Sg Penchala berbanding cawangan baru ni. Kat sini suasananya kelihatan formal tapi kat sungai penchala terasa ala kampung. Masakan kat sana juga rasanya lebih sedap… (entah la mungkin ini perasaan aku jer kot)….. Manakala dari segi harga, Sambal Hijau di sini agak mahal juga ongkosnya. Kenapa saya kata mahal? Kerana saya selalu makan kat kedai dan sikit sebanyak saya boleh buat penilaian tentang harga makanan di sesuatu restoran mengikut lokasi, kesedapan dan aneka menu yang di sediakan.  Dua pinggan nasi di atas bersama 2 biji  air kelapa thai = RM 35 ++ :wink:

pst : Anda ada pengalaman makan di sini ? Atau anda ada cadangan lain? Jom kongsikan dikotak komen di bawah supaya saya lebih bersemangat lagi untuk melaporkan tempat-tempat makan best di seluruh Malaysia.

pst 2 : Minggu ni saya sedang berdiet. Maklum la perut dah macam ropol-ropol kain langsir. “Jalan2 singgah makan” akan up date seperti biasa cuma cerita makan2 tu adalah cerita tertunggak.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

17 thoughts on “Cawangan ke- 2 Restoran Sambal Hijau

  1. tmpt pebret sy ni…dulu2 time keje kt TTDI selalu mkn kt Sg Penchala tu..skrg lg dekat ngn umah. Daging cili tu sedap…rangup. Lompat tikam sgt sedap. lauk2 smua jenuh fkr nk amik yg mana sbb terlalulah byk.
    Zila recently posted..Mz NiNa BaKeRy CaFe

    • Uih.. bestnya duk dekat dgn restoran ni. kalu malas nak masak, boleh tapau kat Sambal Hijau. Lauk2 memang byk smpai tak tau nk pilih mana

    • Mula2 buka email td sya xtau u nak no fon kedai mane?. sory.

      Sambal Hijau ni ada 2 cawangan. cuba u col no ni 03-77253259 / 012-6962639 / 013-6658388

  2. Kat sg penchala tu harga melampau sangat.pdlhal standard gerai je.1st time kena charge udang 5.50, 2nd time kena 8.00 for the same food!! Baik makan kat Restoran yg.proper with good service.ni kena beratur nak bayar.pun berebut2 mcm kat asram a. :x

    • uih..mahal juga tuh udang…Tapi walaupun mahal, org sentiasa ramai kat restoran d sg penchala.. mbe org suka tgk lauk dia ada byk pilihan

  3. Udang yang saya makan tu bukannya udang goreng mcm kat kedai mamak, cuma lauk dalam kuah yg bersaiz duit syiling 50 sen..agak2 lah jgn sampai kena sumpah customer nanti tak berkat rezeki berniaga untuk bagi makan keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: