Resepi Biskut Nestum Rangup

Asyik-asyik tengok saya makan kat luar jer kan. Apa kata hari ni saya letak cerita masak-masak pula. Saya bukan nak letak resipi lauk-pauk tetapi saya nak kongsikan pengetahuan saya dalam membuat biskut raya.

Haritu semasa blogwalking ke sebuah blog sahabat lalu terpandangkan mereka membuat biskut nestum.  Wa..belum puasa lagi dah sibuk buat biskut raya kan? Sebenarnya biskut-biskut seperti ini tidak semestinya dihidangkan di musim perayaan sahaja. Malah hari-hari biasa pun tak ada salahnya. Kebetulan stok nestum masih banyak kat dapur tu jadi saya pun terlintas juga mahu melakukan projek biskut nestum ini.

Asalnya saya mahu menggunakan resepi yang diperolehi dari kelas masakan yang pernah saya pelajari. Tetapi di dalam resepi itu ada menggunakan shortening. Kat dapur saya dah kehabisan shortening. mmm…tak kan nak gi beli shortening kat Tesco padahal nak gunanya cuma 30 gm jer..alahai..! Jadi saya menggunakan resepi di blog sahabat ini yang menggunakan bahan-bahan yang sediada di rumah. Ada beberapa bahan yang saya tambah mengikut citarasa saya. Bak kata cikgu masak-masak “bila memasak pun kita perlu kreatif”.

Berikut adalah resepi yang saya ambil dari CornerCafe.com :-

125g butter
80g (1/3 cup) gula castor
1/2 teaspoon esen vanila
1 biji telur
250g tepung gandum
1 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon soda bikarbonat
30 gm Nestlé Nestum                                                                                                                                                                                                                           20 gm croquan                                                                                                                                                                                                                                     3 biji buah ceri (untuk hiasan)                                                                                                                                                                                                        3/4 cawan Nestum (untuk hiasan)

Cara menyediakannya :

Ayak tepung, soda dan serbuk penaik. Satukan dengan Nestum dan croquan.

Pukul mentega dan gula hingga sebati, masukkan telur dan pukul sebentar. Titikkan esen vanila.

Masukkan campuran tepung bersama adunan mentega dan uli hingga menjadi doh yang lembut.

Bentukkan bebola dan salut dengan Nestum (hiasan).

Tekan dengan garfu supaya leper dan letak ceri yang dipotong kecil di atas adunan.

Bakar pada 175 C* selama 15-20 min atau hingga masak.

 

Semua bahan-bahan di satukan sehingga menjadi doh seperti gambar di atas.

Bentukkan adunan bulat-bulat

Salut dengan nestum

leperkan adunan (boleh tekan dgn garfu) dan susun di atas dulang pembakar

letakkan ceri merah/hijau ke atas adunan yang siap di bentuk

bakar dalam ketuhar selama 45 minit dengan suhu 130 darjah (saya suka bakar dengan masa lebih panjang supaya ia lebih garing tetapi suhu mesti dikurangkan!)

setelah masak, keluarkan dari oven dan tunggu ia sejuk baru dihidangkan atau disimpan ke dalam bekas kedap udara.

-

-

-

Sedia untuk dihidangkan !

Biskut Nestum dihias ceri merah

Biskut Nestum di hias ceri hijau

Inilah biskut yang telah siap dimasak dan bolehlah dihidangkan kepada tetamu atau untuk diri sendiri. Yang paling saya seronok tentulah apabila mr suami mengatakan biskut yang saya buat ini sedap dan tidak terlalu manis (sesuai la untuk orang yang pantang makan manis2 sepertinya). Banyak keping juga dia makan. Saya pun rasa biskut ini sedap dan rangup juga (minta maaf memuji diri sendiri). Oleh itu, apakata anda cuba membuatnya untuk juadah minum petang hari ini :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

8 thoughts on “Resepi Biskut Nestum Rangup

    • rupa dia macam kacang hancur. fungsi dia lebih kurang nak ranggupkan sesuatu resepi biskut. ada jual kat kedai bahan bakery

  1. salam akak…nestum yg nk letak dlm adunan tu agak2 brapa gram ea ??…try search resepi biskut nestum n this one looked delicious…so, tertarik la plak.. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: