Tari Cafe Tanjung Tokong

Dah jemu pekena nasi kandar bila mai Penang?

Apakata korang tukar selera makan nasi campur pula. Kali ni daku nak bawa korang makan2 di Tari Cafe, Tanjung Tokong. Lokasi ni menjadi satu nostalgia buat mr suami kerana pada zaman kecil2nya dulu beliau pernah menetap di sini bersama arwah bondanya.

Daku pernah dibawa oleh mr suami utk meninjau tapak kediaman arwah bonda dulu, namun hampa krn kini kawasan ini sedang pesat membangunan dgn binaan bangunan & kondo2 mewah..

Nasib baik kedai makan yg kami pergi ni masih utuh perniagaannya walau di tengah kepesatan bangunan2 tinggi.

140520132054

inilah Tari Cafe terletak di Jln Tanjung Tokong. Kalau dari Gurney Drive korang akan jumpa  Island Plaza sblh kanan, ada simpang 4 trafick light jalan terus lagi beberapa meter akan nampak restoran ni sebelah kiri. Kalau korang jalan terus lagi, jalan tu akan menuju ke Batu Feringgi.

Continue reading

Share

Jus Jambu tabur Serbuk Asam Boi …. Soodappp

Peristiwa berdarah di Lahad Datu sekitar minggu lepas adalah satu titik hitam dalam sejarah Malaysia. Daku melihat pencerobohan di Lahad Datu sebagai usaha berani sesetengah pihak mempertikaikan kedaulatan negara Malaysia yang tercinta ini. Apatah lagi ada pihak yang masih merasakan mereka punya hak ke atas wilayah Malaysia iaitu di pantai timur Sabah.

Dikesempatan ini, daku ingin mengirimkan ucapan takziah atas kematian anggota polis yang tidak berdosa serta ucapan simpati kepada ahli keluarga mereka. Al-Fatihah.

-

-

Entri jalan2 singgah makan kali ni diteruskan dengan aktiviti minum sambil menghilangkan dahaga. Daripada menikmati minuman bergas, kopi atau teh sesekali kita minumlah jus dari buah-buahan segar. Sedap pun sedap, Khasiat juga kita dapat !

Dah merata orang buat bisnes francais jual “Jus Jambu Asam Boi Special A1″ di tepi-tepi jalan macam nih… Lokasi gerai kat atas ni adalah di Sungai Dua, Penang

Continue reading

Share

Nasi Dal Kandar Bayan Lepas

Masih lagi di Penang.

On the way nak ke Airport Bayan Lepas, mr suami bawa daku mkn pagi merangkap mkn tengahari di sebuah gerai kecil di tepi jalan menuju ke Airport. Lokasinya bertempat di Jalan Sultan Azlan Shah, bertentangan dgn Masjid Jamek Sungai Tiram, Bayan Lepas Pulau Pinang. Nak tau kami makan apa ?..jeng..jeng..jeng…

Kami pekena nasi la… Inilah gerai yg dimaksudkan – Nasi Dal Kandar yg beroperasi dihalaman rumah pemilik gerai

Continue reading

Share

Kari Kepala Ikan di Pen Mutiara

Di suatu tengahari yang panas, kami menuju ke Wisma Nelayan Batu Maung utk menikmati hidangan kari kepala ikan yg fresh lagi meletop. Benarkah ia satu juadah yg hebat seperti dakwaan kebanyakkan orang?Jom ikut kami ke Restoran Pen Mutiara Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Inilah Restoran Pen Mutiara yg dikendalikan oleh Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Lokasinya dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. Dekat la jugak dengan kawasan pembinaan jambatan ke 2 menghubungkan Penang dan tanah besar.

Continue reading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share