4 Biji Seringgit

Entri hari ni di ‘publish’ dari Pulau Langkawi.

Sepanjang seminggu dua ni daku berada di pulau yg cantik & indah ini atas urusan kerja mr suami sambil menjenguk teratak comel kami yg dah lama ditinggalkan. Huh.. jenuh juga daku terpaksa menyapu, membersih sawang dan mengemop lantai rumah. Maklum la dah hampir 6 bulan kami tak menjengah ke Langkawi. Disebabkan itu, cicak dan lipas la yg seronok bermaharajalela di rumah kami nih  :x

Sambil menyelesaikan beberapa urusan kerja, kami juga mengambil kesempatan pulang ke Langkawi utk bercuti sambil pusing2 pulau menaiki bot dan mandi pantai bersama  rakan2. Walaupun  cuaca di Langkawi sekarang agak panas, namun apabila terpandangkan ketenangan & keindahan pantai yg putih bersih membuatkan segala stress lenyap serta-merta. Oh..alangkah indahnya alam ciptaan Tuhan.

Selain menikmati pemandangan yg mendamaikan, satu lagi tarikan jika pulang ke Langkawi adalah menikmati makanan yg menyelerakan. Maksud daku ialah jalan2 mencari makanan termasuk pekena gulai panas yg menjadi tarikan utama kami utk selalu ke sini. Dah banyak kali juga daku update ttng lokasi warung gulai panas. Kalau korang nak tau kat mana gerai gulai panas yg best di Langkawi, sila lah klik di kolum “kategori” di sidebar sebelah.

Utk entri kali ni daku nak ceritakan satu gerai KUIH yg menjadi tarikan dikala kami kelaparan di waktu petang. Gerai dibuka seawal tengahari dan berakhir sebelum jam 6 ptg. Ada bermacam jenis kuih-muih yg dijual di gerai ni antaranya karipap, donut, talam, tako, pisang goreng, laksa, mee rebus dan pelbagai lagi.

 Inilah gerai kuih yg daku maksudkan. terletak di Padang MatSirat iaitu jalan nak menuju ke Beras Terbakar. Sebelah kanan gerai ni ada sebuah Masjid bernama Masjid Al-Huda (tembok kuning) manakala berhadapan gerai ni ada Pasaraya Oski.

Continue reading

Share

Jai Island Cafe Langkawi

Dah beberapa kali juga daku ajak mr suami makan2 kat Jai cafe apabila kami berkesempatan turun ke Pulau Langkawi. Namun keinginanku selalu berkubur memandangkan kat sini tidak menyediakan menu gulai kari iaitu makanan favourite mr suami (aduhai… mr suami ku yg sorang ni kalau boleh nak ‘melantak’ gulai kari hampir setiap hari.hoho.. seolah2 tiada makanan sedap lain kat Kedah nih..huhu).

Petang semalam kebetulan kami ada urusan di Pekan Kuah, maka nak tak nak daku ‘paksa’ juga mr suami mencuba makanan di Jai Cafe yg berhadapan dengan Baron Hotel, Kuah, Langkawi. Sebenarnya daku beriya-iya nak pegi makan sini bukan lah kerana daku mengidam nak makan apa2 menu special di situ. Namun ini adalah kerana daku nak merasa sesuatu kelainan makanan (asyik mkn kari jer) selain nak promosikan Pulau Langkawi dan pelbagaikan cerita makanan di dalam blog juadahmalaysia.com…hehe

pemadangan yg mendamaikan di hadapan Jai Island Cafe. dipenuhi pepohon yg merimbun

Continue reading

Share

Laksa Power belakang Airport Langkawi

Dua tiga tahun lepas Laksa Power ni ada buka cawangan kedainya di jalan nak menuju ke pekan Kuah. Namun disebabkan mereka tak mempunyai pekerja yang amanah (menurut pemiliknya), maka sekarang ia hanya menjalankan operasi menggunakan lori shj. Port mereka berniaga adalah di belakang airport Padang Matsirat.

tanah lapang bersebelahan airport dan mengadap pantai merupakan lokasi Laksa Power. kerusi meja pun ada disediakan. sebenarnya ada beberapa lori lagi yg menjual laksa di area sini. tapi pada saya laksa yg best hanyalah di Laksa Power (mungkin sbb sya tak cuba yg lain2 lagi kot !).  Kebanyakkan pengunjung yg mari ke Langkawi pasti diaorg akan singgah sini.

Continue reading

Share

Serawa Durian

Entri lepas saya dok cerita yg mr suami beli buah durian yg terlebih banyak. Maklum la kat Langkawi ni sana sinun org dok jual. Macam2 nama durian ada. sampai juling bijik mata kami dibuatnya. Dah la saya ni tak berapa nak makan durian yg mentah. Akhirnya yg tukang makan durian tu tak lain tak bukan, mr suami sorang. mau tak boncit perut dia dua hari suntuk mgadap durian..huhu

bertungkus-lumus mr suami kopek durian

Continue reading

Share

Jom Makan Buah di Kota Tani Langkawi

Rupanya dah lama benor kami tak balik Langkawi, tup..tup.. ada terpacak sebuah gerai jual buah kat depan bangunan FAMA. Lokasinya sangat dekat dengan rumah persinggahan kami di Padang MatSirat.  Selalunya kami akan ke Pantai Chenang kalau teringin nak makan buah2an segar. Namun lepas ni tak perlu lagi kami menapak jauh2  semata2 nak makan betik, anggur, dokong, jambu dll sebab kat sini pun dah ada jual.

Continue reading

Share