Angin Menderu di The Cliff, Pantai Chenang

Ini satu lagi cerita makan daku yang tertunggak sekian lama. Rasanya aktiviti ni dah berlaku kira2 dua thn lepas. Masa ni memang daku eksited jinjing DSLR yg berat tuh. Apa saje yg terlintas di dpn mata, pasti daku berusaha utk rakamkan gambar menggunakan DSLR kesayangan.

Kini daku dah tak kosa nak hangkut DSLR lagi sebab org sekeliling suka pandang2. Agaknya diaorg pelik nengok wanita ayu (jgn muntah) spti daku tertunggang-tungging mengambil gambar barangkali…adeh laa. Last2 sekarang ni daku lebih kerap pakai kamera cap HP lagi mudah dan ringan. Org sekeliling pun tak perasan semasa daku snap gambo..

Baiklah, jika korang mahu menikmati suasana dan pemandangan yang mengasyikkan ketika menjamu selera, daku nak rekemen kan satu tempat makan ni berlokasi di area Pantai Chenang. Nama restorannya ialah The Cliff. Restoran ni masuk ke dalam sikit (belok kanan) sebelum sampai UnderWaterWorld. . Ooohhoo…. sangatlah mengujakan perasaan kami bila dapat makan dan menikmati pemandangan di sini.

Nak tahu apa yang best di The Cliff? Jom tengok gambar di bawah :-

Selamat Datang ke The Cliff Restaurant – dikelilingi pepohon menghijau

Continue reading

Share

Satay Changloon tapi di Langkawi

Teringin nak makan satay bila berkunjung ke Pulau Langkawi.??

Mai sini dekat2 chek nak habaq kat mana korang boleh makan satay yg sedap tuu…

Haaa….. ni la gerai satay yg daku maksudkan. terletak di Pantai Chenang (berhadapan The Cabin Hotel) iaitu lokasi yg menjadi tumpuan pelancong asing sekiranya mereka melancong ke Langkawi. gerai ni di rekemen oleh sahabat kami seorg travel agent yg bertugas di area pantai Chenang.  dia promote habis-habisan. Jadi tanpa berlengah kami laki bini bergegas lah ke lokasi yg dicanang-canangkan ….  :mrgreen:

Continue reading

Share

HBL Food Corner, Pekan Kuah – Bronok pun ada !

Jika korang tercari-cari nak makan tengahari di mana sekiranya sedang bershopping sakan di Pulau Langkawi, di sini daku nak rekemen kan utk korang makan nasi campur di Restoran HBL Food Corner di Pekan Kuah. Ada kira-kira 30-40 jenis lauk-lauk masakan kampung yg terhidang di sini.

Gerai ni berada di dalam kawasan pusat bandar Kuah. Terdapat beberapa buah bank dan pusat shopping utama di kawasan ini spti kedai Hj Ismail, Coco Village & Saga Langkawi. Sebelum sampai HBL, korang mesti terperasan kewujudan City Bayview Hotel. Haa… di belakang hotel tu lah terdaptnya HBL Food Corner. dari luar mmng tak kelihatan gerai ni cuma satu landmark mudah ialah terdapatnya sebuah kedai minyak gamat bernama Gamat Shaari.

Continue reading

Share

Langkawi Chef Corner

Bila lapar, kita gi makan. Gitu la lumrah manusia.

Kali ni daku nak bawa korang sekali lagi “berenang” ke Pulau Langkawi. Kita pi makan di Langkawi Chef Corner !. Tempat makan ni menghidangkan masakan melayu, ala Thai, western & chinese. Kiranya hidangan di bawah satu bumbung. Kepelbagaiannya membuatkan ada satu tarikan tersendiri bagi warung ini.  Ia di rekemen oleh si Terry & Siti, sahabat kami yg dah lama menetap di Langkawi. Lokasi kedai adalah di bulatan berhampiran airport Langkawi.

warong ni buka waktu malam ja. kalau nak order utk jamuan makan yg besar spti kenduri kawin, aqiqah & hari perpisahan pun boleh juga.

Continue reading

Share

Ikan Bakar Nasi Campur

Teringin nak makan ikan bakar di Langkawi ?

Selain menikmati nasi beraneka lauk di  ”Jom Ikan Bakar” yg famous amos di Padang MatSirat, ada satu lagi gerai yg korang boleh cuba utk makan tengahari yg berlaukkan masakan kampung dan seafood bakar. Gerai ini berlokasi di simpang 3 trafic light menuju ke Pantai Kok dan Teluk Burau.

mengadap trafic light je gerai ni. (betul2 bawah pokok besar tu). di sebelahnya ada kedai menjual minyak gamat

Continue reading

Share