Pisang Sale

Kelmarin daku baru pulang dari Jakarta. Memang tak puas trip kali ni kerana tak sempat berjalan-jalan pun. Cuma SATU HARI kami berada di Jakarta Utara. Selesai urusan kerja mr suami, petangnya terus kami berangkat ke Bandara (airport) utk  pulang semula ke KL. huhu..  :oops:

Semasa berada di Soekarno-Hatta International Airport, sempat juga daku membeli sedikit ole-ole walaupun tahu harga jualan di dalam airport pasti sedikit mahal, tapi inilah sahaja tempat yang daku sempat singgah sambil menunggu pesawat kami berlepas.

Asalnya mahu membeli keychain & fridge magnet, tapi tiba2 terpandangkan banyak kudapan menarik yang dijual di Keris Department Store ini. Lalu daku teringat entri sahabat blogger kita yang suka berjalan (Zila Love Travel) , beliau ada review tentang Pisang Sale yang banyak terdapat di Indonesia.

IMG_6266

 ”Sale” maksudnya salai iaitu pisang yang dihiris nipis kemudian disalai lalu digoreng tepung seterusnya di bubuh aneka perisa seperti rasa keju, bluebbery, strawberry, durian, kiwi & pelbagai lagi. Err… macam tak pernah kelihatan di Malaysia jadi daku beli 2 bungkus dulu (perisa keju & strawberry).. nak beli banyak2 takut tak ‘kena’ dengan selera nanti. Dari segi harga, kalau membeli di luar, rasanya lebih murah kot. Harga di airport ni utk 120 gm = RP 15,000 ( RM 4 ).

Continue reading

Share

PopCorn Sedap !

Bisnes online daku mendatangkan hasilnya. Perjumpaan dengan client baru2 ni dibuat di One Utama. Selepas client membuat pembayaran, daku pun apalagi.. ambillah kesempatan untuk ronda2 di dalam mall tu. Maka terjumpa pula kios Garrett Popcorn yang menjadi sebutan warga Kuala Lumpur pada ketika ini.

20131004_170843

Daku ikut beratur sama.. Garrett Popcorn hanya ada dua cawangan di Malaysia. Satu di One Utama & satu lagi di KLCC

Continue reading

Share

Santai di Marina Mall, Salmiya

Sambil berjalan-jalan, mata ku liar melihat gelagat wanita2 arab yang bergaya sakan walau hanya ke kompleks membeli belah. Mekapnya tebal & bau perfumenya semerbak. Tambahan sekarang ini musim dingin di Kuwait, kebanyakkan mereka semakin bergaya dengan kasut but dan jaket bulu2.  Berbeza dengan wanita, golongan lelakinya pula berpakaian agak simple & tidak keterlaluan…cuma berjubah polos.

Memandangkan bumi Kuwait ni tidaklah sebesar mana negaranya (lebih kurang saiz negeri Kedah), maka tempat lepak yg selalu kami pegi pun adalah tempat yg sama je..  (pi mai pi mai tang tu.. kata org Kedah !). Biasanya kalau agak boring di bilik, daku akan ajak mr suami jalan2 & makan2 di Marina Mall (itupun selepas mr suami selesai dgn urusan kerja beliau). Kami menaiki teksi utk ke Marina Mall yg perjalanannya cuma 10 minit dari hotel penginapan di Shaab. Bayaran yg dikenakan sekitar KD 1.5 (RM 17).

20131230_170636_LLS

Marina Mall kalau kat Malaysia lebih kurang The Curve. Kat sini ada banyak kedai2, butik berjenama, restoran, Hotel & diseberang jejantas (Marina Crescent) terdapat tempat pelabuhan kapal2 mewah.

Continue reading

Share

Popilla @ Ikano

Ahad lepas, window shopping sorang2 kat Ikano. Singgah sekejap kat Popular sbb nk beli buku ” let’s learn english”.

Tengah syok2 belek buku, tiba2 perut rasa teramat lapar. sampai dah tak sanggup nak merayau2 lagi. Adeh la…kacau betul perut nih… cepat2 ku buat pembayaran lalu terus beredar dari Popular.

Dalam kepala dok pikir nak makan kat mana. maklum la sorang2 segan juga nak stop mkn kat food court bagai. nak tapau balik rumah, rasanya dah tak sempat lagi sbb perut dah teramat laparrr  :twisted:

Tetiba teringat satu kios ni… mengadap supermarket Cold Storage. sebelah eskelator.

20130922_212117

It’s about Mexican Food.   Popilla nama kios nye… Dah beberapa kali juga try makanan sini. Nasib baik org tak de masa daku sampai. meja makan pun kosong. hehe.. boleh la daku makan dgn aman. daku pilih dok kat area tersorok sikit heh

Continue reading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share