Penang Village @ TTDI

Rabu lepas, semua bank CIMB di seluruh Malaysia mengalami masalah teknikal. Ada nota “Offline” di meja mengambil nombor giliran. Daku pun tak pasti memang selalu jadi begini atau berlaku pada hari itu sahaja. Kata staff bank, operasi mungkin mengambil masa sekitar satu ke dua jam… hoho… Disebabkan ada urgent payment yang perlu dibuat, maka nak tak nak, daku kena tunggu juga di situ sehingga operasi bank kembali Online.

Akibat lama benor menunggu, mr suami ajak daku breakfast +lunch di sebuah restoran berdekatan. Restoran ni berada kat bangunan belakang CIMB tadi. Penang Village nama restoran tu. Ia menyajikan hidangan chinese & baba nyonya cuisine. Mungkin ramai beranggapan komuniti baba & nyonya hanya wujud di Melaka, tetapi sebenarnya ia turut berada di Pulau Pinang. Jadi pemilik restoran ni nak perkenalkanlah menu mereka tetapi lebih kepada citarasa orang Penang sana.

20140226_110958

 Penang Village yang kami pergi ni adalah terletak di outlet TTDI. Agak sulit untuk  mendapatkan parking disekitarnya kerana Lorong Rahim Kajai 13 ini terdapatnya beberapa cawangan bank dan pejabat2 swasta. Oleh itu anda harus banyak2 sabar jika mahu mencari parking di area sini.

Continue reading

Share

Chawan @ Publika Solaris Dutamas

Destinasi makan-makan kali ni daku nak bawa korang ke Restoran Chawan. Bukan pinggan, bukan gelas tapi Chawan. Restoran ni cawangan terawalnya terletak di Bangsar. Tapi daku pergi ni yang dekat Publika coz tak jauh ngan umah and takyah redah trafik jam.

20131003_225008_LLS

Setakat ni dah 2x daku ke sini. Olehitu, review ttng Restoran Chawan akan dirangkumkan sekali. Jimat ruang blog ..heh !

Continue reading

Share

Restoran Rebung Chef Ismail

Lama dah tak buat entri jalan2 cari makan. Matlamat asal blog juadahmalaysia.com sudah jauh tersasar. Asyik2 update ttng resepi & masakan. mmmm… Daku dah jarang makan di luar lately ni sbb mr suami pun sangat sibuk dgn kerja dia. sampai dah tak sempat nak bawa daku makan2 di luar lagi. takpe… takpe.. ada rezeki kita makan kat luar lagi ya. Sambil2 tu boleh daku bantu promosi bisnes makanan orang Malaysia kita :lol:

Baiklah.., aktiviti makan2 kali ni dah lama benar kejadiannya. Ada sekitar 3 bulan yg lalu. Malas benar nak update, tak tau kenapa ! Hari ni godek2 gambar terjumpa folder yg memuatkan koleksi kami menjamu selera  di Restoren Rebung milik Dato’Chef Ismail.

IMG_5291

restoran ni terletak di Lorong Maarof, Bangsar. ia merupakan tapak sebuah rumah banglo tetapi dihias indah menjadi sebuah restoran. Utk pengetahuan korang, sebenarnya kat kawasan bangsar ni memang banyak rumah2 banglo dijadikan lokasi tapak perniagaan. jenis2 perniagaan pula bukan calang2 perniagaan. semuanya boleh dikategorikan sbgai perniagaan kelas mewah.. huhu.. (kami cuma mampu pegi makan je jika dtg area sini !).

Continue reading

Share

Mee Jawa @ Publika Solaris Dutamas

Mula-mula dulu daku agak confius dgn lokasi Publika.  Adakah ia berada di Solaris MontKiara (SOHO) kalu exit highway PLUS akan nampak. Jawapannya BuKAN. Solaris ada dua. Satu Solaris MontKiara dan satu lagi Solaris Dutamas. Di Solaris Dutamas lah terdapatnya Publika.

Pertama kali pegi sini minggu lepas. Ada urusan kerja sikit bersama mr suami. Selepas menyelesaikan hal yg sepatutnya, kami ronda2 dalam Publika tuh. Bangunan masih baru. Ada lot2 pejabat dan kedai2 jualan. Kedai makan pun banyak juga.

Seperti biasa kami mengambil peluang ke sini utk aktiviti makan2. Mr suami ajak daku makan2 di sebuah restoran ni yg dikenali sebagai Mee Jawa. Mulanya daku agak keberatan sebab daku lapor sesangat. perutku berbunyi nak makan nasi takmo makan mee bagai.  Namun menurut mr suami, kedai mee jawa bukan menjual mee semata2. Baiklah..perintah suami ku turuti !

mee jawa

jom singgah Mee Jawa

Continue reading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share