Kenduri Kesyukuran di Jeneri, Sik Kedah

Sabtu, 8 December 2012
Alhamdulillah… termakbul sudah hajat mr suami utk mengadakan majlis kesyukuran dan makan2 yg berlangsung di luar kawasan KL. Beliau memilih utk  mengadakan majlis itu di sebuah lokasi terpencil iaitu di sekolah Pondok yg terletak di negeri Kedah. Lokasinya adalah di Jeneri yg berada di daerah Sik, Kedah.
Sebanyak 2 ekor lembu berjaya dikorbankan. Antara orang2 yg bertungkus lumus menjayakan kenduri ini tak lain tak bukan adalah sahabat baik mr suami sendiri itu ustaz syakir & bapanya. Dua org insan inilah yg mengemudi majlis termasuk mencari lembu, menyembelih, mendapatkan tenaga kerja, memasak serta menjemput tetamu2 disekitar kariah Jeneri.
Pada hari yg dijanjikan daku & mr suami bertolak ke Jeneri dari Sungai Petani bersama-sama ahli keluarga ustaz shakir yg lain.
Perjalanan dari Sungai Petani ke Jeneri tidaklah memakan masa yg lama cuma perjalanan utk menuju ke lokasi kenduri yg agak jauh ke dalam kampung membuatkan ia mengambil masa sedikit panjang.

rumah2 kediaman pun tak banyak kelihatan. mungkin ia terlindung disebalik pokok2 / hutan
Semakin dalam menuju ke lokasi kenduri, jalannya semakin sempit. dikelilingi dusun2 dan hutan serta melalui anak sungai. huh…sangat best suasana macam ni. klasik sungguh! teringat kampung MokTok di Besut,Terengganu.
setelah beberapa ketika melalui perjalanan yg agak sunyi, akhirnya kami pun sampai ke lokasi kenduri iaitu sebuah sekolah pondok yg kelihatan usang. Ketibaan kami disambut oleh ustaz shakir & bapanya. Sesampainya kami di situ (maaf nama kg daku kurang pasti), kami mengambil kesempatan utk beramah mesra dgn beberapa org penduduk kampung dan tenaga pengajar sekolah pondok tersebut. Kelihatan telah ramai penduduk kampung & pelajar2 yg telah menikmati makanan kenduri itu. Alhamdulillah, seronoknya kami melihat situasi itu :D
Sambil2 tgk org makan, daku pun sibuk juga… hehe..bukan sibuk basuh pinggan / angkat dulang, tapi sibuk mengambil gambar. Kalau korang nak tahu, rumah atas ni merupakan salah satu pondok iaitu tempat kediaman pelajar2 di madrasah terbabit. Macam tak percaya kan? ada org sanggup belajar di tempat yg tak byk kemudahan macam ni. Namun daku sangat kagum krn mereka semua ni tidak bermatlamatkan kebendaan & duniawi dlm melalui kehidupan mereka. Impian mereka hanyalah kpd agama.
Nak skodeng lebih2, takut depa ingat daku nak mengintai pula. Kang tak pasai-pasai mata dapat ketumbit..hoho.   Yg ni pula pondok utk pelajar puteri
antara menu utk kenduri ini – daging masak hitam
sup tulang lembu…
Tibalah masa kami menikmati hidangan. Lauk 3 jenis je. semua berasaskan lembu.
Inilah juadah yg ditunggu2. masakan special dr ustaz shakir & bapanya – sup tulang lembu dan penyicah asam. yummy..yummy… berselera sungguh kami makan. siap bertambah bagai. berpeluh2 menghirup kuah.
petai rebus ada, jelatah ada. dan satu lagi sambal tu ada kerisik. tak ingat nama apa. kat kedah ja ada (yg ada sudu putih tu).
Alhamdulillah. Kenyang sungguh kami menikmati semua hidangan. Sedap belaka.  Majlis pun sangat sempoi dan santai. tiada bermacam protokol. Kami sangat gembira bila sesekali dpt menghadiri majlis macam ni. Terima kasih juga kepada sahabat2 yg ringan tulang utk membantu menjayakan kenduri ini. Lega rasanya bila hajat kami telah terlaksana dgn jayanya. Syukur atas kurniaan & Rahmat MU Ya ALLAH s.w.t. Ameen.

 

 

pst : sesekali masuk kampung & beramah mesra dgn penduduk kg terasa macam bini YB melawat kawasan. ahak… :mrgreen:

Share

One thought on “Kenduri Kesyukuran di Jeneri, Sik Kedah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: